Tuesday, January 26, 2010

Hanya satu ayat


Cakap dan buat.

Thursday, January 7, 2010

2010 bukan 2009

Mungkin angka yang menyebabkan saya rasa semangat. Dalam pengukuran, nilaian angka merupakan satu perkara yang penting. Ramai yang melihat angka sebagai alat motivasi. Dalam kelas, jika seseorang mendapat nombor 1 lebih baik daripada nombor 20. Seseorang yang mendapat CGPA 3.75 lebih bagus daripada 2.75. Seseorang yang dapat 99 markah lebih cemerlang berbanding dengan 60 markah. Dan bukan mudah untuk berhujah jika seseorang mendapat 50 juta lebih beruntung daripada mendapat 50 ringgit. Memang benar sudah lama saya tidak menjenguk blog ini. Kadang-kadang malas nak menulis. Banyak perkara terpendam terus diselesaikan melalui tindakan dan cuba rasionalkan. Bukan semua perkara boleh diangkakan. Dan mungkin boleh dinilai secara numerik berdasarkan penilaian masing-masing. Saya tahu untuk memulakan sesuatu adalah teramat sukar. Setelah dimulakan harus tekun dan tabah. Jadi adakah 2010 lebih baik segalanya daripada 2009? Hanya iringin doa, keazaman dan usaha yang tidak pernah padam menjadi penentunya.

Monday, November 16, 2009

Hanya kenangan pada masa ini





























Bermula dengan pengajaran, perancangan, persidangan, penyelidikan, penerbitan yang belum siap, kekeluargaan, tanggung jawab dan semuanya ada. Semuanya tinggal kenangan yang berlalu. Hari ini harus lebih baik dari semalam.

Semua berjalan begitu pantas

Selepas meraikan majlis perpisahan dengan Semester 7 sesi 2009/2010, barulah rasanya ingin mencoretkan sesuatu dalam blog yang semakin ditinggalkan. Memang saya sangat stres sebelum ini terutama ketika berhadapan dengan amanah Setiausaha Persidangan Kebangsaan Kaunseling tempoh hari. Saya akan ceritakan kemudian tentang apa yang sudah, semasa dan mungkin akan berlaku selepas Persidangan ini. Perjalanan itu memang memenatkan. Besok saya ke Negeri Sembilan berjumpa dengan semua guru kaunseling di sana untuk Bengkel Terapi Realiti. Tidak sempat untuk melayan perasaan di Lake Town, Bukit Merah kemudian ke Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna, banyak urusan yang penting dan segera harus dibereskan sebelum hari Raya Aidil Adha. Kerana Aidil Adha tidak sebesar membaiki latihan ilmiah pelajar. Yang pentingnya dapat berjumpa dengan ibu yang saya rindui...mak...

Monday, August 31, 2009

Kerja ini sangat mencabar


Banyak pertemuan-pertemuan yang diatur terpaksa dibatalkan. Saya harus memfokuskan kepada kerja yang segera. Saya mengambil langkah dengan cara berorientasikan matlamat. Tetapi saya masih sedar, bahawa dalam mencapai matlamat tidaklah sehingga matlamat menghalalkan cara. Ada tugas yang dalam satu masa saya berhadapan dengan dua tiga perkara yang perlu diselesaikan. Memang memenatkan. Saya tahu saya boleh mengabaikan sahaja. Tetapi itu bukan cara saya. Saya harus selesaikan kerana amanah. Amanah ada kaitan dengan 'adalah (keadilan). Keadilan adalah melaksanakan tanggungjawab kepada yang berhak menerimanya. Benar...kadang-kadang saya takut menghadapi masa depan yang belum pasti. Namun saya masih sayang bidang ini. Kagum saya dengan semangat Allahyarham Prof. Dr. Ismail Salleh. Matinya setelah pulang menyampaikan ilmu. Bila Rogers berbicara tentang kesempurnaan kendiri (self actualization) saya mula menyemak diri saya. Mungkinkah saya kena berdiam diri atau mengharungi bidang ini sehingga keluar satu perkataan " Cukuplah tu...tidak ada apa lagi yang lebih baik melainkan kebahagiaan untuk diri sendiri dan keluarga". Atau pun saya mengikut jejak Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi yang berjuang ke titisan darah terakhir demi agama dan rasulnya yang tercinta. Mungkin juga saya sudah jauh untuk menelaah kitab-kitab agama yang menyebabkan jiwa saya semakin resah. Memang benar sudah lama saya meninggalkan munajat di malam hari.

Sunday, August 9, 2009

Utamakan yang utama

Banyak perkara yang utama yang perlu saya siapkan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang tidak tahu yang mana satu yang perlu didahulukan. Di sinilah masa yang kritikal untuk saya membuat pilihan. Dan kadangkala pilihan saya juga seringkali tersilap. Namun demikian tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan jua. Sekali lagi saya menghadapi saat yang sukar dalam menentukan mana yang paling utama. Tugas seperti semakan semula program pasca, persidangan kebangsaan kaunseling, menyemak tugasan pelajar, tugasan PTK, membina soal selidik kerjaya untuk SAR, memulakan projek FRGS, menyemak latihan ilmiah, projek master dan disertai pelajar PhD, mengeluarkan surat internship kepada pelajar yang menangguh pengajian dan macam-macam lagi yang belum tersenarai. Ya Allah...jauhkan saya daripada wabak H1N1, jika tidak sudah tentu yang utama yang saya fikirkan tidak terlaksana. Yang lebih menyukarkan lagi, Ya Allah... jauhkanlah keluarga saya daripada sebarang wabak penyakit. Bagi saya keutamaan kepada keluarga adalah utama daripada yang utama. Keputusan membuat pilihan keutamaan boleh menyulitkan psikologi saya sekiranya keluarga saya mendapat musibah. Walau bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana Ahmad Qayyum telah sihat kembali. Congakan saya sekarang adalah memberi fokus kepada kerja untuk memilih yang utama dari keutamaan yang ada. Dan sekarang yang utama adalah menyampaikan mesej saya melalui blog. Selepas ini saya akan susun satu persatu.

Monday, July 27, 2009

Harapan ku subur kembali

Memang dah lama tidak bekarya dalam blog. Sampai satu peringkat ada perkara yang lebih penting dan segera perlu diutamakan dan disegerakan. Blog ditinggalkan sementara walaupun hati kecil seringkali berkata bila ingin berbicara dengan minda dan rasa semasa. Semester ini amat mencabar. Saya rasa masa saya sangat berniali walaupun sekejap. Masa untuk rehat sepenuhnya dipenuhi dengan berfikir untuk melaksanakan suatu kerja yang belum lagi terhasil. Ada rasa tidak puas hati tentang kerja yang dilakukan. Kadang-kadang mudah rasa penat dan stres kerana banyak sangat perkara yang perlu diputuskan dalam satu masa. Syukurlah fajar subuh masih lagi dapat bertafakur. Semoga harapan ku ini subur kembali untuk terus menyampai mesej idea dan kebenaran.

Monday, July 6, 2009

Perjalananan yang amat memenatkan

Lebih kurang jam 9.00 saya baru sampai dari Kuantan atas urusan menyampaikan kuliah untuk program Eksekutif. Program eksekutif ini berjalan satu semester. Perjalanan ini amat memenatkan sebulan dua ini. Banyak kerja yang perlu di langsaikan. Lebih rasa tertekan hari ini semester telah bermula.
Kerja yang paling disegerakan dan penting adalah urusan Persidangan Kebangsaan Kaunseling, kelas ijazah pertama, kelas pasca siwazah, kelas program eksekutif dan Badan kebajikan Fakulti. Itu yang menyebabkan nak bercerita dalam blog pun dah penat. Namun saya kena hadapi jua. Saya kena lawan juga selagi jiwa saya memilihnya.

Friday, June 12, 2009

Cuti dah habis....





























Masa yang paling seronok adalah apabila saya dapat bercuti. Bukan mudah nak cuti. Bayangkan saat-saat saya ambil cuti ada perkara segera yang perlu saya selesaikan dengan Ketua Jabatan tentang Persidangan Kaunseling. Waduhh.....Dan nasib baiklah saya bincang dengan Ketua Jabatan, beliau luluskan cuti. Gembira bukan main. Saya tengok senarai kerja yang ditulis di papan kenyataan bilik saya ada lebih kurang lima belas perkara penting yang perlu diselesaikan segera termasuklah cadangan penyelidikan Dr. Alya yang masih belum saya sentuh. Tak tahu nak mengadu kat siapa. Yang penting saya fikir saya mesti cuti dulu dan rawat hati saya yang saya fikir agak stres. Tak sabar nak cium tangan mak dan jumpa adik-adik di kampung. Sebelum saya berangkat pulang sempat PM Dr Zaidi menyapa, "Baliklah bercuti...Pergi masjid, baca Al-Quran, ambik ketenangan...Memang banyak kerja kita...Itupun tak selesai". Memang tergiang-giang cakap beliau hingga sekarang kerana kesibukan saya kerja sampai nak pergi beriktikaf di masjid pun dah tak ada masa. Memang perjalanan balik menyeronokkan. ketika melalui Lenggong dan Grik terasa kosong kepala. Mahu lupakan sekejap kesibukan di UPSI. Sempat berhenti lima kali untuk minum-minum dan makan keropok lekor dan makan nasi berlauk. Seronoknya rasa. Sampai rumah mak, rasa nak tido dan berjalan-jalan sekitar Jerteh dan rumah saudara terdekat. Sempatlah bawa mak ke Bukit Kluang, Rantau Panjang, ke HUSM melawat bapa saudara, ke Masjid Muhammadi, ke Pasar Siti Khadijah, ke pusara ayahda tercinta dan ke rumah peninggalan arwah tok. Begitulah rutin sehinggalah saya pulang pada hari Rabu kerana ada temu janji dengan syarikat Karangkraf. Dan hari ini cuti dah habis...Saya memulakan rutin hidup yang penuh dengan cabaran semula. Hati kecil saya berkata, bila lah pula saya nak pulang tengok mak. Yang pasti saya yang memilihnya.


























Saturday, May 30, 2009

MANUAL GURU : PENCEGAHAN BULI DI SEKOLAH

Syukur Alhamdullillah. Akhirnya buku Manual Guru: Pencegahan Buli di Sekolah telah ada di pasaran buku terutama syarikat-syarikat buku seperti MPH, Popular dan sebagainya. Buku ini berharga RM 24 di pasaran. InsyaAllah, semoga ada manfaatnya untuk cegah buli di sekolah.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP