Monday, July 6, 2009

Perjalananan yang amat memenatkan

Lebih kurang jam 9.00 saya baru sampai dari Kuantan atas urusan menyampaikan kuliah untuk program Eksekutif. Program eksekutif ini berjalan satu semester. Perjalanan ini amat memenatkan sebulan dua ini. Banyak kerja yang perlu di langsaikan. Lebih rasa tertekan hari ini semester telah bermula.
Kerja yang paling disegerakan dan penting adalah urusan Persidangan Kebangsaan Kaunseling, kelas ijazah pertama, kelas pasca siwazah, kelas program eksekutif dan Badan kebajikan Fakulti. Itu yang menyebabkan nak bercerita dalam blog pun dah penat. Namun saya kena hadapi jua. Saya kena lawan juga selagi jiwa saya memilihnya.

1 comments:

Alan Ling March 18, 2010 at 1:22 PM  

Semua perjalanan memenatkan. Tetapi jika tidak melaluinya, bagaimana kita boleh merasakan kemanisan dan keselesaan hidup ini? Saya juga penat kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pembentangan, penulisan modul dan buku, projek pelajar, program dan aktiviti motivasi dan kaunseling untuk pelajar dan banyak lagi. Sangat penat. Tetapi yang menyokong saya selama ini adalah kegigihan jiwa diri saya sebab saya tahu saya perlu meneruskannya.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP