Harapan ku subur kembali
Memang dah lama tidak bekarya dalam blog. Sampai satu peringkat ada perkara yang lebih penting dan segera perlu diutamakan dan disegerakan. Blog ditinggalkan sementara walaupun hati kecil seringkali berkata bila ingin berbicara dengan minda dan rasa semasa. Semester ini amat mencabar. Saya rasa masa saya sangat berniali walaupun sekejap. Masa untuk rehat sepenuhnya dipenuhi dengan berfikir untuk melaksanakan suatu kerja yang belum lagi terhasil. Ada rasa tidak puas hati tentang kerja yang dilakukan. Kadang-kadang mudah rasa penat dan stres kerana banyak sangat perkara yang perlu diputuskan dalam satu masa. Syukurlah fajar subuh masih lagi dapat bertafakur. Semoga harapan ku ini subur kembali untuk terus menyampai mesej idea dan kebenaran.
5 comments:
salam dr.
itu warna dalam kehidupan.
cabaran kadangkala buat kita seronok.
kerana tanpa cabaran tawar rasanya hidup kan dr.?
doakan saya dan moga berbahagia selalu!
cikgu jazimin...agak-agak kenal tak?wah....rakan sejawatan dah ada Dr ni...tercabar gak....tahniah la...slam untuk kak effa
Apa pula tak kenal cikgu Hazlin. Kat mana sekarang. Lama benar tidak berjumpa.
skang kat SMK Iskandar Shah Jasin...Melaka
lain benar dah cikgu Jazimin...nampak lebih berusia..dan bertambah sihat...hehhehe..
Salam Dr Jazimin
Alhamdulillah temui juga blog Dr..
semoga Allah membantumu selalu
Post a Comment