Masa ditentukan oleh diri sendiri
Individu seringkali merungut bahawa dia tiada masa untuk berbuat sesuatu. Diri saya pun tidak terkecuali. Masa tanpa paksaan akan terus beredar meninggalkan sama ada orang itu baik atau buruk. Kadang kala saya menyalahkan masa kenapa begitu dan begini. Rupa-rupanya saya lupa bahawa masa ditentukan oleh diri saya sendiri.