Friday, April 3, 2009

Asalkan bahagia

Tahniah, sejak semalam nampaknya pembentangan latihan ilmiah berjalan dengan lancar. Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada TARMIZI, ANSARUL, ZAHIR dan AZRIN kerana bersedia menjadi petugas sepenuh masa. Walaupun semalam saya tiada dikampus kerana menjalankan tugas membentangkan kertas kerja kepada JPA dan DBKL tetapi sempat petang saya singgah untuk menyapa dapatan kajian pelajar.

Sempatlah saya tegur perbezaan antara kaunseling kelompok dan bimbingan kelompok. Hati-hati nak buat kaunseling kelompok kerana kena pastikan bahawa modul yang dijalankan benar-benar kaunseling dan mendapat kesahan pakar yang sebenar. Saya berpandangan untuk peringkat latihan ilmiah lebih sesuai bimbingan kelompok. Jika laksanakan kaunseling, kelompok rawatan sahaja lebih kurang 3-6 bulan. Saya percaya jika dilakukan mengikut prinsip kaunseling kelompok yang sebenar tidak siaplah latihan ilmiah. Itu tak lihat dari segi contentnya lagi. Kemudian, pengisian falsafah dan aplikasi teori kaunseling perlu dinyatakan dengan jelas. Dan macam-macam lagi tentang ralat dalam melaksanakan kaunseling kelompok. Memang leceh, tetapi jangan buat perkara yang salah. Seperti prinsip TYPE II ERROR kita menghukum orang yang tidak bersalah sedangkan dia benar.

Nampaknya hari ini penuh dengan cabaran. Pertama, fail ISO saya hilang. Tak tahu gerangan mana yang pinjam tak pulang balik. Hilang tu pula di bilik ISO. Mungkin niatnya nak buat rujukan tapi dah jadi tak betul sebab tak maklumkan. Kata En Taqudin " fail tuan tu hebat sangat sebab tu ramai yang berminat". Saya jawab balik " Ini bukan soal hebat tapi soal integriti". Kedua, masa saya terlalu padat. Selepas Sabtu ini saya menilai latihan ilmiah, saya kena bergegas ke Residence Hotel kerana terlibat dalam penulisan penyelidikan. Dalam minggu depan pula walau apa pun terjadi kena menyelia praktikum (dah hampir minggu ke 14). Kemudian dipenuhi dengan mesyuarat-mesyuarat yang memerlukan saya hadir. Sekarang tengah menyusun langkah. Itu tidak termasuk lagi panggilan dan sms pelajar untuk buat temu janji. Entahlah, mana satu nak buat ni. Kertas kerja pelajar pun belum ditanda lagi. Ini kerja wajib yang perlu dilaksanakan segera. Nampaknya mungkin ada kerja yang terkemudian dapat dilaksanakan. Apa pun hadapi dengan tabah. Saya percaya bukan semua keinginan dapat dicapai dalam satu masa, asalkan saya bahagia. Dan perjuangan perlu diteruskan.

7 comments:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil April 3, 2009 at 11:34 AM  

salam.

saya tgk gambar doktor tu penuh dgn bahagia.

moga semua dapat diselesaikan dengan baik.

wish you best of luck Dr.!

wslm.

salmanfarees April 3, 2009 at 5:28 PM  

Terima kasih Dr kerana sudi bertandang ke DBKL untuk share ilmu berkaitan brief therapy. Sayang masa diperuntukkan agak singkat namun, apa yg diberikan sangat berharga.

sutera putih bertukar pink,,, April 6, 2009 at 3:54 PM  

bahagia,,,
salam singgah jap..
hehe..

winadib April 13, 2009 at 5:59 AM  

Salam...

Ezwin ni (Alya)... singgap jap...guna account hubby... Hubby kata gambar ni macam DS Khir Toyo lah... hehehehe

Dr Ahmad Jazimin Jusoh April 14, 2009 at 1:11 PM  

Ada juga orang kata saya mirip pelakon Azmil Mustafa. Macam-macam spekulasi...

Afiti April 21, 2009 at 12:10 AM  

aah..mcm khir toyo la..baru prasan..gmbr dr ms muda plak..mcm syed y pnyanyi tu..haha...kira ada publisiti jugak lah ni dr..

taifor May 2, 2009 at 5:55 AM  

Tahniah ! saya yakin kesibukan Dr adalah kesibukan bermakna. Salagi nawaitu kita Lillah hi Taala, No problem. Jalankan terus.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP