Wednesday, March 18, 2009

Tempat jatuh lagi dikenang: SDAR

Entah mengapa hari ini saya terkenang tempat kerja pertama saya, SDAR. Sambil memandu Atoz, dan mendengar lagu Ayat-Ayat Cinta banyak kenangan manis saya di sana. Kali pertama saya memijak kaki penuh dengan pengharapan. SDAR ketika itu tidak mempunyai kaunselor yang tetap. Saya dan En. Anuar Adnan (sekarang PK Akademik di TKC) adalah perintis kaunselor di SDAR. Kami ibarat abang dan adik berganding bahu merancang strategi untuk memperkenalkan kaunseling di SDAR. Cabarannya 1001 macam. Baik dalam kalangan pelajar mahu pun guru. Saya akan cerita satu demi satu pengalaman yang berharga tersebut dari semasa ke semasa. Selama lebih kurang LIMA TAHUN saya bertugas di SDAR, sempat saya merasa di bawah tiga orang pengetua. Semuanya best-best dan mempunyai karakter yang perlu disesuaikan dengan kerjaya saya sebagai kaunselor di waktu itu. Jika diikutkan memang banyak ragam. Ragam inilah memberi pengalaman bermakna kepada saya bila berhadapan dengan ketua. Otak mesti ligat berpusing. Niat mesti betul. Hati mesti ikhlas. Badan mesti tahan. Jiwa mesti gagah. Cabaran mesti disahut. Keluarga pun mesti faham.

Bila berhadapan dengan guru-guru ceritanya pula lain. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan salam terima kasih kepada guru-guru SDAR yang telah sama-sama membantu dan menyokong saya sebagai kaunselor di SDAR pada tempoh tersebut. Terutamanya Cikgu Yazid, Pn. Norzila, Pn. Hasni, En. Halim, Ustaz -Ustaz, Cikgu Zainah, Cikgu Zakiah, Cikgu Mariana dan ramai lagi yang secara langsung dan tak langsung pernah bekerja bersama saya. Memori itu sangat indah terutamanya bila Program Menggapai Sinar kita masuk dalam surat khabar.

Sebagai kaunselor pengalaman yang saya tidak boleh lupakan ketika menjalankan kaunseling dan aktiviti dengan pelajar. Pengalaman telah mengajar saya bahawa pelajar di asrama perlukan kasih dan sayang. Mereka perlukan penghargaan,keseronokan, kebebasan untuk terus hidup sebagai pelajar yang cemerlang. Pelajar di SBP bukannya nakal sangat. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian. Semua memerlukan keprihatinan semua pihak. Pengalaman mengajar saya jika banyak masa dan aktiviti saya luangkan bersama dengan pelajar, ruang untuk mereka melakukan tingkah laku yang tidak sesuai amat minima. Soalnya mampukah kita menyahut cabaran tersebut? Saya akan kongsikan InsyaAllah satu persatu bagaimana perancangan dan tindakan saya dalam membantu pelajar di SDAR ketika itu. Semua masih segar dalam ingatan saya.

Sekarang saya tumpang bangga kerana di SDAR sudah ada 3 orang kaunselor. Dua daripadanya adalah hasil keluaran UPSI. Mereka berdua juga pernah saya ajar. Pengalaman mereka juga mungkin sudah berbeza kerana zaman sedikit berubah. Psikologi juga berubah berdasarkan peredaran semasa. Namun psikologi masih lagi menekankan perasaan, pemikiran, tingkah laku dan fisiologi. Jadi saya fikir sehebat mana kaunselor jangan tinggalkan aspek psikologi. Sebab saya pun mengidam untuk melakukan kejutan kedua sebagaimana pernah Jazimin lakukan di suatu masa dahulu. Saya teringat kata seseorang yang penting di sekolah pada waktu itu "Di sekolah ini saya nampak awak merupakan think thank yang utama."Tetapi ianya tidak semudah itu kerana yang lepas mungkin tidak akan berulang lagi. Jika saya bersedia ia memerlukan pengorbanan sebagaimana lagu ayat-ayat cinta untuk mencapai cinta yang agung memerlukan pengorbanan.

3 comments:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil March 18, 2009 at 6:58 PM  

saya harap dapat jadi macam doktor suatu ari nanti. dan mungkin lebih lagi. doakan ya.

memang betul. utk berjaya perlu korban lebih sedikit.

doakan saya jadi seorang kaunselor yang berkesan kelak ye...

widuri March 23, 2009 at 7:24 PM  

salam, saya faizel Dr. pertama kalinya saya nak ucapkan tahniah serta terima kasih kerana sudi luangkan masa Dr. untuk bersama-sama para pelajar pada hari keluarga KASIH. saya terharu apabila melihat Dr. begitu bersemangat kerana sebelum ini jarang melihat penglibatan para pensyarah dalam aktiviti pelajar. Dr, Jazimin mmg HEBAT.

Anonymous May 15, 2009 at 10:32 PM  

Salam,
Terima kasih cikgu...

~ OnDaStreet
"Once A SDARian Always A SDARian"

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP