Tuesday, March 17, 2009

Bila Cokmar Di Julang


Semalam saya diamanah oleh pihak Universiti sebagai BENTARA dalam Majlis Konvokesyen. Tugas Bentara adalah membawa COKMAR yang menjadi lambang keagungan akademik. Melangkah dengan penuh tertib ibarat cerita Hang Tuah yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menyebabkan tulang belulang saya terasa berada di dunia kayangan. Di tambah lagi dengan alunan muzik yang membakar semangat jiwa dan raga memperingatkan lagi kisah saya semasa di sekolah rendah yang seringkali membawa panji-panji bendera sekolah samada hari keraian atau pun majlis sukan sekolah.

Terasa lambat sekali kaki melangkah mengiringi Tan Sri Pro Canselor. Kata-kata Dr Nasir menjadi ingatan "Min, jangan buat silap satu pun. Sebab takut silaplah jadi silap". Dengan kemas saya mendukung COKMAR dengan hati yang berdebar-debar. Apa tidaknya sehari dua ni terganggu dengan COKMAR. Sampai isteri saya menyampuk "Banyak berselawat bang, buat sembahyang hajat". Sudah lama saya tidak rasa suasana ini. Ingat kembali kata Tn. Hj. Muzafar "Tuan, kalau tiada tuan majlis ini tidak akan bermula". Semangat keberanian datang kembali. Bukan mudah berada di samping VVIP. Di tambah lagi dengan gurauan Leftenan Muda Aziz Shah "Hebat Min...bukan calang-calang boleh diberi tugas ni". Saya pun membalas balik " Sepatutnya tuan yang bawa amanah ini, tuan kan rotu".

Saat yang menggerunkan sudah tiba. Dengan alunan muzik yang bersemangat patriotik menyebabkan saya bagaikan menghargai apa yang diamanahkan. Sekarang saya ingin membalas balik jasa COKMAR yang telah saya telah lalui tiga zaman pengajian. Sampai saya berkata di dalam hati " Tak sangka aku dapat penghargaan sebegini". Setelah selesai upacara meletakkan cokmar saya pun ke pentas dan terus mengeluarkan buku nota kecil dan mencoret sesuatu untuk tatapan bersama...

Dulu, kini dan selamanya
COKMAR itu teguh
Lambang intelektual sejati
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

Di julang ia setiap zaman
Tanpanya intelektual kita tiada nama
Diletaknya tanda rasmi majlis bermula
Rasa gementar mulia pun ada

Semua menanti penuh harapan
Tepukan bergema kejayaan diraih
Keringat peluh dibalas jua
Bercucuran air mata ibu dan ayah
Melihat anak dipersada pentas
Gembira hiba penuh emosi
Ada ibu tanpa ayah
Ada ayah tanpa ibu
Ada tiada siapa-siapa
Yang ada hanyalah harapan arwah ibu bapa
Menuju ke puncak jaya

Bermula episod lampau dan sekarang
Setelah muhasabah COKMAR dipegang
Bicara sendiri akal berjalan
Ilmu diberi amali dinanti
Ditatang penuh dengan harapan
Orang kampung tidak tahu
Orang bandar tahu dengan caranya
Orang hulu ternanti-nanti
Orang hilir bagai mengharap tuah kita.

Sorak sorai graduan berkumandang
Mengalahkan hujan petir di petang hari
Ribuan taufan menggegarkan dewan
Tidak bisa mengalahkan semangat COKMAR sejati

COKMAR menilai terus membisu
Amanah ilmu penuh harapan
Adakah ia sekadar tradisi?
Atau sebagai lambang tanpa sumbangan?
COKMAR gembira ilmu diamalkan
Ramai yang jahil tentang kebenaran
COKMAR terharu bila kebenaran ilmu dijulang
Ia bersedih bila ilmu dipijak-pijakkan
Ia kecewa ilmu tanpa amal
Apa sumbangan kepada anak bangsa
Gred A berlambak tapi ilmunya entah ke mana

Adakah COKMAR sekadar dipegang
Atau falsafah COKMAR penuh pengertian
Adakah ia sekadar lambang
Atau ilmu dijunjung, IMAN bertambah

Melangkah pulang COKMAR ke tempat asalnya
Bicara sendiri siapa yang tahu
Gementar, semangat, harapan, teruskan langkah, kejayaan
Yang pasti, kebanggaan bila dipertontonkan
Yang tersirat tidak ramai yang mengerti...
Walaupun dia seorang BENTARA.

Nukilan : Ahmad Jazimin (2009)

* Ustaz Akramin sebelah saya ketawa bila saya sedang berangan mencoretkan sesuatu. Beliau pula sedang menghafal ayat-ayat bahasa Arab yang tanpa saya fahami.

9 comments:

Anonymous March 17, 2009 at 3:10 PM  

salam Dr...
huhu...mesti berdebar sgt2 kan time kene bawa cokmar tu???kalau saya, tgk org yang nak konvo, y pakai jubah tu pun saya dah rase terharu sgt2..seronoknya lain...trus jadi semangat nak belajar sungguh2..blh jadi mcm diorg (^_^) tp pengalaman Dr. pun best sgt2...bukan calang2 org blh bawa cokmar tu kan???tanpa cokmar tu, rasenyer majlis xdpt berlangsung sempurnakan???
tahniah Dr. (^_^)

AFITI March 17, 2009 at 3:32 PM  

love and belonging
freedom
survival
fun

THE ANSWER IS = POWER

AFITI March 17, 2009 at 3:41 PM  

makin tinggi di julang makin sujud dan tunduk. itulah biasanya org y sentiasa di anugerahkan kejayaan.tuhan anugerahkan kejyaan kepada orang y dpt kjyaan dan org itu mrasakan dlm diri ini semuanya hak tuhan..makin kjyaan datang bertimpa-timpa makin rendah pula diri pd tuhan.maka, x segan-segan tuhan anugerahkan kejyaan untuk y seterusnya.

apa y paling dijaga...moga tuhan berikan kejayaan y berterusan..bukannya kejayaan y hebat dan terus tuhan hentikan pemberian itu. itulah y paling ditakuti..insyaallah..kejayaan dr ni..jadi pembakar smgt utk saya juga.sy ni PNGK tidak cemerlang lg..jatuh ms sem 3.mungkin anugerah untuk aspek lain itu y perlu dijaga..tahniah dr!duk tggu ni..dr jd KJ pastu DEKAN..pastu...tncA..pastu..nc..one day..insyaallah..saya doakan..doakan saya berjaya juga!moga dapat sama2 jd escalator mind..dr didik sy..utk sy didik org lain pulak

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil March 17, 2009 at 3:59 PM  

tahniah doktor. sebab dapat buat yang terbaik.

mesti rasa cuak pun ada kan bawa cokmar tu kan?

moga kejayaan akan sentiasa dr kecapi. amin.

~ank didik~

AFITI March 17, 2009 at 5:59 PM  

COKMAR menilai terus membisu
Amanah ilmu penuh harapan
Adakah ia sekadar tradisi?
Atau sebagai lambang tanpa sumbangan?
COKMAR gembira ilmu diamalkan
Ramai yang jahil tentang kebenaran
COKMAR terharu bila kebenaran ilmu dijulang
Ia bersedih bila ilmu dipijak-pijakkan
Ia kecewa ilmu tanpa amal
Apa sumbangan kepada anak bangsa
Gred A berlambak tapi ilmunya entah ke mana

------------------
antara y paling bermakna

"Super Kaunselor" March 17, 2009 at 10:49 PM  

Assalamualaikum..

Tahniah Dr.Jazimin.

Pencapaian yang bukan calang-calang mampu dipikul.

And we believe that there's more to come from you..:)

"iLmu makin dikongsi makin bertambah"..

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA March 18, 2009 at 2:40 AM  

Salam Dr J,

Saya kat sini yang dah meremang bulu roma membayangkan bila Dr melangkah masuk ke dewan...mesti rasa tu akan terus berada dibawa sampai bila-bila dan senyum lebar akan terus mengukir...Patutlah tadi ni saya call Dr begitu semangat sekali saya ...rupanya transfer tenaga dari COKMAR rupanya... Tahniah....

Dr Ahmad Jazimin Jusoh March 18, 2009 at 4:33 AM  

Benar sekali,

Pesanan,nasihat, pandangan dan celoteh kalian akan saya jadikan azimat dalam meneruskan langkah ke hadapan.
Saya hanya menyampaikan sesuatu yang wujud yang mungkin ianya tidak berulang kembali.

fauzi March 28, 2009 at 2:49 AM  

salam drJ...
actly, sy sempat melihat dr ketika sdg bwa cokmar time konvo tu.scr kebetulan time tu dr betul2 berada di dpn dewan sitc.mmg serius je sy tgk dr sambil pegang cokmar.tergelak jg saya bl tgk dr serius mcm tu...
Tahniah drJ!

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP