Sunday, February 8, 2009

WANTS, NEEDS & PERCEPTION


Quality world boleh juga dinamakan sebagai kehendak atau pun harapan. Setiap manusia mempunyai kehendak dan harapan. Harapan-harapan ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan, didikan, latar belakang dan intuisi insan tentang sesuatu perkara. Quality world dipandu oleh basic needs. Basic needs terdiri daripada keinginan individu itu untuk menyayangi dan disayangi oleh orang lain (love & belonging), mendapatkan penghargaan (power), inginkan kebebasan (freedom), inginkan kegembiraan (fun) dan ingin terus hidup (survival). Individu bebabs memilih needs mana yang dia mahu. Tapi tak semestinya needs yang dipilih sesuai dengan dunia sebenar yang dia alami. Needs ini juga mempengaruhi untuk individu membuat pilihan. Individu bebas membuat pilihan dan biasanya pilihan yang dibuat akan mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku yang dipilih biasanya atas pilihan needs individu walaupun ianya tidak sama dengan perceived world dan dunia realiti sebenar individu itu. Biasanya konflik timbul setelah individu memilih needs untuk bertingkah laku berbeza dengan dunia realitinya yang sebenar.

Oleh itu, berdasarkan amalan dalam Terapi Realiti kaunselor harus membantu klien untuk mengenal pasti apakah sebenarnya tingkah laku yang diingini oleh klien selaras dengan apa yang beliau persepsi kan selama ini. Kaunselor harus memberi perhatian kepada dunia kehendak klien(quality world). Kaunselor perlu peka tentang kehendak dan matlamat yang klien inginkan dalam hidupnya. Banyak keinginan yang ditimbulkan semasa perkongsian dengan kaunselor, namun kaunselor hendaklah peka dan melihat kepada kehendak yang paling utama berdasarkan kepada keutamaan kehendak klien tadi. Kaunselor hendak lah menghargai segala kehendak klien selaras dengan falsafah terapi ini. Kaunselor perlu menghargai kegembiraan, menyayangi dan disayangi, inginkan kebebasan, inginkan pengiktirafan dan ingin meneruskan kehidupan walau dengan apa cara sekalipun. Penerokaan kehendak klien termasuk elemen dunia kualiti klien, perhubungan dengan orang lain, sistem kepercayaan dan posisi diri klien (Ahmad Jazimin 2007a; Glasser 1998).

Manusia dimotivasikan untuk memenuhi keperluan dan kehendak, penting bagi kaunselor meneroka apa yang klien inginkan dalam hidupnya. Soalan yang perlu ditanya “Apa yang anda mahu dari pasangan anda? Sekolah? Kerjaya? Rakan? Ibu bapa? Anak-anak? Penyelia? Diri Anda? Agama?”.

Menurut Corey (2005) mengatakan terdapat beberapa soalan yang menolong untuk melihat kehendak klien (quality world) iaitu sebagaimana berikut;
a) “Apa yang anda mahu anda telah dapat?”
b) “Apa yang anda mahu yang anda tidak dapat?”
c) “Apa yang anda telah dapat yang anda tidak mahu?”
d) “Jika anda ingin jadi seseorang dalam hidup anda, orang yang macam mana yang anda
harapkan ?
e) ”Adakah kehendak ibu bapa dan kehendak anda serasi”?

2 comments:

Anonymous February 9, 2009 at 1:37 PM  

tq so much Dr...krn mnambh lg bhn ttg CTRT. Bhn2 yg Dr paparkan di blog ini dan blog lg satu byk mbntu saya dlm mmhmi CTRT dgn lbh jelas dan mdlm

Mamazai June 16, 2020 at 8:52 AM  

Dr. Jaz, mohon kongsi info ya...amat membantu saya melihat real world

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP