HAPPY BIRTHDAY TO YOU
Happy birthday to you mak. I love you so much. Terima kasih kerana melahirkan Zimin. Zimin kagum kerana mak tabah walaupun abah telah lama meninggalkan kita. Kita doakan agar abah sentiasa dilimpahi rahmat Allah di alam sana. Doakan Zimin bahagia di dunia dan di akhirat. Zimin doakan mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan segala-galanya baik untuk mak. Sukar untuk dinyatakan lagi kerana mak adalah adalah syurga Zimin. Salam rindu dari Zimin, Effa, Ayum & Hani.
3 comments:
Dr...ceritalah pengalaman bagaimana dibesarkan oleh mak Dr... rasa macam nak dengar pula... untuk dijadikan tauladan buat kami adik-adik ni he he he
Yang pasti, mak saya izinkan saya untuk jadi apa yang saya nak jadi asalkan tidak melanggar agama dan adab tatasusila orang kita. Banyak cabarannya, tetapi bagi saya ianya bermula dengan saya. Jika ruang dan peluang tidak digunakan sepenuhnya saya mungkin tidak jadi apa yang saya inginkan.
salam sheikh jazimin.
waduh sedih ana membaca madah anta tentang ibu .. anyway all the best to you.. moga Allah bersama tuan.. HIDUP ISLAM!! ingat slogan " cemerlang Bersama Islam" masa kita kat UPM dulu. : cikli
Post a Comment