Tuesday, February 24, 2009

Utamakan yang utama


Memang tidak dinafikan seminggu dua ini saya agak sibuk sekali dangan tugas yang perlu diselesaikan. Banyak emel dan YM tidak terbalas. Blog pun sudah lama tidak dicoretkan dengan ayat-ayat yang membangkitkan rasa aura perhubungan sesama insan. Banyak yang terkumpul didalam kepala tetapi tidak dapat diluahkan sebebas-bebasnya. Waktu ini pun baru agaknya rasa perlu untuk menulis walaupun memang tahu banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Bila dimuhasabah balik, masih banyak lagi kerja yang tertunggak. Namun begitu rasa lega sedikit apabila penyeliaan praktikum bagi sarjana muda telah habis dijalankan untuk fasa pertama. Hanya tinggal untuk menyelia pelajar sarjana pula. Kajian pun banyak yang belum ditulis lagi. Kertas kerja konvensyen PERKAMA masih tergantung ideanya. Program untuk AIDS masih belum diterjemahkan lagi tindakannya. Banyak lagi yang lain. Biarlah nak kena buat satu-satu. Handphone pula tidak lepas daripada sms pelajar untuk mengadakan sesi konsultasi. Namun balas tetap balas. Kerja saya bukan hanya membuat konsultasi. Tarikh yang sesuai diberikan agar pelajar berkenaan dapat sesuaikan masa untuk hadir berjumpa dengan saya. Jumpa boleh jumpa, tiada masalah. Sekarang saya masih lagi belajar untuk UTAMAKAN perkara yang UTAMA. Dulu pun sama saya begini juga. Dan saya rasa kaedah ini yang terbaik dari dulu sampai sekarang untuk saya mengurus diri saya. Walaupun saya sedar saya terlepas sesuatu peluang keemasan kerana saya memilih bukan untuk EMAS tetapi untuk selesa dengan pilihan saya. Jadi, bila utamakan yang utama bukan semua akan dapat dilaksanakan pada suatu masa. Blog saya juga mungkin merana kerana saya hanya berkesempatan untuk melayannya apabila saya fikir pada waktu ini saya akan melayannya. Maafkan saya drjazimin.blogspot.com kerana anda bukanlah tidak utama tetapi ada yang lebih UTAMA daripada anda pada waktu tertentu dan terkini.

4 comments:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil February 24, 2009 at 4:41 PM  

assalamualaikum dr. entry ni mengingatkan saya sebagai seorang pelajar. dr yg sibuk dgn macam urusan boleh lakukan. saya pun mesti boleh!

p/s : semakin tgi kedudukan kita, semakin banyak amanah yg perlu kita laksanakan. betulkan?

AFITI February 24, 2009 at 5:14 PM  

salam dr..btul..sy kdg2 pun x ttulis juga blog..tapi...kalau mmbuak2..dalam hati ni..bila 2,3 hari tidak mnulis, sekali tulis tu berjela2 lah nanti sbb byk nk luah..ha..ah...ada sebab perlu hold dahulu..idea mnulis...ada sbb tuhan aturkan pmikiran spt itu..utamakan yang utama..tugasan sudah hampir siap..dlm berblog..hehe..cuma proposal shj belum terlunas..

btul kata hndhalah.mkin brusia mkin byk tgjwb..mkin tggi kdudukan mkin tggi pulak komitmen. Hadhalah..komitmen kita utk biro kita pun tengah mnunggu ni dik..hohoho..moga2 sm2 bw sstu utk biro nnti..

Dr Ahmad Jazimin Jusoh February 25, 2009 at 4:59 AM  

Benar sekali...Itu belum ada keluarga. Kalau dah ada keluarga lagilah komitemen tinggi. Amanah sebagai suami, bapa dan yang paling mulia adalah khalifah di atas muka bumi ini.

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA February 25, 2009 at 7:12 PM  

Dr Jazimin lupa nak sebut amanah sebagai ibu he he he...so saya mewakili ibu-ibu yang belajar. Afiti selalu kata dia sibuk, so bayangkan lah Afiti kalau ada keluarga macam kami...

Macam Dr Jazimin kata UTAMA kan mana yang UTAMA...ianya berkaitan fokus kerana fokus boleh terganggu apabila terlalu banyak nak buat satu masa.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP