Saturday, May 16, 2009

Prodigy Kit Kaunselor: Anugerah Perak ITEX 2009

Syukur Alhamdulillah. Penyelidikan bersama produk PRODIGY telah berjaya merangkul pingat Perak dalam 20 th International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2009 (ITEX 2009). Saya, En Aziz, En Taqi, PM Dr Malek, Tn Hj. Md Nor tersenyum puas kerana banyak usaha yang dilakukan untuk menjayakan pameran ini. Bukan satu tugas yang mudah kerana memikirkan tentang needs pengadil. Sekurang-kurangnya usaha dalam seminggu dua ni berhasil. Begitulah dalam akademik, produk bukan semua boleh dilaburkan dan dikomersilkan. Banyak produk orang akademik kadang-kadang diciplak oleh pemikir-pemikir bisnes yang berorientasikan keuntungan. Sebab itu orang akademik bukan orang yang paling kaya dan selalu teraniaya. Orang yang paling kaya adalah businessman, politikus, penyanyi yang dapat one million, jaguh sukan seperti tiger woods dan lain-lain lagi. Mungkin juga niat orang akademik adalah kepada kepuasan ilmu dan nak kembangkan ilmu. Dan mungkin juga orang akademik perlu ubah cara berfikir yang kebiasaannya menilai tinggi harta intelek tidak sebagaimana orang biasa yang menilai harta duniawi? Pilih lah sendiri. Syukurlah, dapat juga Pingat Perak.

5 comments:

NuR iMaN May 17, 2009 at 12:40 AM  

assalamualaikum .wbt.alhamdulilah kalau niat kita baik insyaAllah baik lah jadinya.tahniah lah Dr ats usha semua yg berjya melancarkan prodigy espclly 4 en.aziz lah;)moga tujuan n impiannya tercapai dlm memajukan akademik.

Ibnuhassan86 May 17, 2009 at 3:55 AM  

asssalamualaikum.....TAHNIAH kpd semua.Smoga usha baik anda semua mndpt redha Allah dan sntiasa mndpt rhmt-nya. Smoga anda semua diberi blsn yg baik ats usha yg baik ini.AMIN..

Dr Ahmad Jazimin Jusoh May 17, 2009 at 1:31 PM  

Waalaikumsalam, syukur Alhamdulillah. Penting untuk harta intelek dalam kaunseling dikembangkan dan bukan hanya disimpan di dalam muzium tanpa digunakan. Andalah pewaris yang akan datang.

Anonymous May 19, 2009 at 7:26 PM  

Cikgu Roslina SMSD here...
hehehe...Bile nak singgah ke Sains Dungun untuk motivasi your junior????heeee.....ur junior sangat teruk la sekarang...
Do contact me.
roslina_o@yahoo.com

Dr Ahmad Jazimin Jusoh May 20, 2009 at 6:08 PM  

CIKGU ROSLINA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lama benar tak jumpa cikgu. Seingat saya, masa kenduri raya dulu kami sama-sama datang rumah cikgu. Nanti kita cerita panjang dalam emel. Terima kasih Cikgu...
Melawati blog saya.
Terima kasih cikgu
Didik saya
Maaf cikgu, saya tak jadi orang sains sepenuhnya. Apatah lagi pakar fizik. Saya masih ingat saya mendapat 59 subjek Fizik kemudian saya jumpa cikgu mintak nasihat kenapa saya teruk sangat.Tapi ilmu graviti, prinsip newton dan arus elektrik masih lagi tergiang-giang dalam minda saya.
Saya jadi orang macam cikgu juga, mengajar dan mendidik orang lain.
Seronok sangat bila cikgu dapat respons dalam blog saya.
Jasa cikgu tetap saya ingat sampai bila-bila.
Terima kasih Cikgu Roslina.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP