Tuesday, May 26, 2009

The Practice of Reality Therapy From the Islamic Perspectives in Malaysia and Variety of Custom in Asia

Syukur Alhamdullillah. Berita baik seterusnya, jurnal yang saya karang berjaya masuk dalam International Journal of Reality Therapy pada keluaran Vol. XXVIII, number 2 (Spring 2009). Tajuk jurnal tersebut adalah The Practice of Reality Therapy From the Islamic Perspectives in Malaysia and Variety of Custom in Asia. Yang menariknya dalam jurnal tersebut nama saya paling atas mengatasi nama-nama orang putih yang lain. Dalam penulisan ini saya mengemukakan hujah bagaimana amalan dalam Terapi Realiti (WDEP) selaras dengan Islam yang berpandukan kepada Al-Quran, Hadis, pandangan ulama' dan qias. Sekurang-kurang orang putih pun tahu bahawa amalan Islam ini tidak sempit hanya kepada Solat dan Puasa sahaja. Malah Islam ini syumul merangkumi syariah, ibadah, akhlak dan siasah. Walaupun saya tidak membincangkan secara terperinci daripada pandangan Islam secara mendalam tetapi sekurang-kurangnya sebagai cetusan idea dalam mengembangkan dakwah ilmu Islam. Ini kali kedua tulisan saya keluar setelah tulisan pertama pada Disember 2008. Semoga mendapat barakah Ilahi. Aminn....

4 comments:

atie May 26, 2009 at 2:48 PM  

Tahniah Dr...lps satu, satu kjayaan diukir...bestnya klu suatu hari nnti dpt mengikut jejak langkah. Buat masa ni nak siapkan yg satu ni pun jenuh...agaknya klu dah siap satu; yg kedua dan seterusnya akan lbh mudah....mudah-mudahan

Dr Ahmad Jazimin Jusoh May 26, 2009 at 5:34 PM  

InsyaAllah. Banyak yang saya buat Pn Yati. Tapi tak banyak yang berhasil. Ada yang ok dan ada perangcangan yang gagal. Namun demikian bersyukurlah dan nak kena belajar redha dengan segala kehendak Ilahi.

Kawaikodomo May 26, 2009 at 8:39 PM  

Tahniah Dr...
Dr telah berjaya membuktikan bahawa 'barangan' buatan malaysia setanding dan mampu bersaing di peringkat global...Ganbatte Dr!

Anonymous March 4, 2015 at 5:42 PM  

salam DR.. sy student Phd USM Penang. sy berminat untuk mendapatkan buku Dr yang ebrkaitan dengan kes buli dan buku modul berasaskan terapi realiti. blh sy hubungi Dr untuk dapatkan bahan2 tersebut. Dr blh hubungi sy di ziza_aan@yahoo.com.my

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP