Saturday, February 28, 2009

Self - Evaluation




Penilaian kendiri klien adalah merupakan perkara yang paling utama dalam Terapi Realiti (Ahmad Jazimin 2007b; Glasser 1990, 1990a; Wubbolding 2000b, 1990, 1991a). Wubbolding dan Brickell (1999) mengatakan bahawa jantung kepada Terapi Realiti ialah penggunaan soalan penilaian kendiri oleh kaunselor. Kaunselor membantu untuk menilai setiap komitmen yang ingin klien lakukan untuk perkembangan dirinya. Kaunselor menilai sejauh mana tingkah laku yang ingin diambil oleh klien bersesuaian atau tidak dengan realiti klien. Kaunselor juga boleh membantu klien membuat pilihan sama ada tindakan yang klien ambil menuju ke arah kejayaan atau sebaliknya. Kaunselor membantu klien menilai tingkah laku mereka sendiri, kehendak, persepsi, tahap komitmen dan perancangan yang ingin dilakukan. Teknik seperti soalan dan konfrantasi digunakan untuk mencetuskan penghakiman nilai bagi klien supaya klien lebih positif dan realistik dalam menilai tingkah lakunya.




Beberapa soalan seperti yang disarankan oleh Wubbolding (1991, 2000a) boleh digunakan oleh kaunselor untuk menilai keinginan dan usaha klien untuk mencapai keinginan tadi sebagaimana berikut;
1. “Adakah segala arah tuju dalam kehidupan anda adalah pilihan anda yang terbaik?”

2. “Adakah jalan yang anda ambil ini akan menambah atau mengurangkan destinasi idaman

anda?”

3. “Apakah impak apabila anda memilih tingkah laku ini?”

4. “Lihat balik, adakah yang anda buat ini membantu atau menyusahkan anda?”

5. “Adakah yang anda buat ini dapat memberi kepuasan pada diri anda?”

6. “Bagaimana orang lain akan menerima mesej yang ingin anda sampaikan ?”

7. “Anda hendak ke atau tidak hendak mencapai keinginan anda ?”
8. “Apakah pilihan yang anda ingin buat sekarang? Dan adakah pilihan tersebut akan

memudahkan diri anda atau memudaratkan lagi diri anda?”

9. “Anda telah nyatakan pilihan anda. Adakah pilihan anda sangat efektif?


10. Realistik? Diterima dan sesuai untuk diri anda dan orang lain?”


11. “Siapa yang anda ingin kawal? Diri anda sendiri? Pasangan anda? Anak anda? Majikan anda?

Guru anda atau siapa?”


12. “Adakah tingkah laku yang dipilih itu dapat menolong atau membahayakan diri anda?”

13. “Bagaimana anda tolong diri anda untuk anda mendapat apa yang anda mahu?”

14. “Adakah keinginan anda ini realistik dan boleh dicapai?”


15. “Adakah anda yang membuatkan diri anda melengah-lengahkan diri untuk belajar ?”


16. “Apakah kesan terhadap anak anda setelah anda berleter kepadanya setiap hari. Adakah itu

membantu anda?”


17. “Anda inginkan kasih sayang sejati, jadi adakah anda berkongsi susah senang bersama atau

saling menjauhkan diri antara satu sama lain?”


18. “Adakah dengan melawan peraturan, satu cara yang terbaik yang anda pilih?”

19. “Anda tidak boleh atau anda tidak mahu?”

20. “Bagaimana anda ingin menyumbangkan sesuatu pada diri anda?”


21. “Bagaimana anda dapat rasakan keadaan sekeliling dapat mengubah anda untuk mencapai

idaman anda sedangkan anda tidak berbuat apa-apa?”


22. “Adakah anda rasakan apa yang anda ingin dapat berlaku dalam masa sekejap atau

memerlukan perjalanan yang panjang?”

21. “Adakah yang anda hendak itu betul-betul minat anda?”

22. “Adakah anda bersedia untuk memutuskan perhubungan dengan sesiapa setelah anda tahu

dia tidak sesuai dengan anda?”


23. “Sekiranya anda telah mendapat gambaran tentang diri anda, apakah yang anda akan buat

berlainan dengan apa yang anda buat sekarang?”


24. “Cuba jelas kan secara spesifik dan bertulis tentang apa yang anda inginkan?”


25. “Jika anda tidak jelas tentang kemahuan anda, lihat balik keupayaan anda?”


26. “Apakah persepsi anda terhadap diri anda sendiri? Adakah berupaya ataupun tidak?”

27. “Bagaimana anda melihat orang itu dari persepsi yang tinggi dan persepsi yang rendah.

Adakah dapat membantu anda?”

28. “Apa yang anda boleh kawal dan tidak boleh kawal?”


29. “Apakah anda berupaya untuk buat apa yang anda cakapkan?”


30. “Sejauh mana komitmen yang anda berikan untuk mencapai matlamat anda?”


31. “Adakah anda mengikut apa yang telah dirancang?”


32. “Adakah anda hanya berusaha untuk limitasi anda sahaja?”


33. “Anda kata anda inginkan kejayaan, tapi anda tidak sanggup berhadapan dengan cabaran?”


34. “Adakah anda dapat mengikut dengan realistik perancangan yang anda buat atau hidup anda

selalu dengan kebetulan sahaja?”

35. “Bagaimana anda membuat perancangan yang sesuai untuk diri anda?”


Sumber : Ahmad Jazimin (2008)




Tuesday, February 24, 2009

Utamakan yang utama


Memang tidak dinafikan seminggu dua ini saya agak sibuk sekali dangan tugas yang perlu diselesaikan. Banyak emel dan YM tidak terbalas. Blog pun sudah lama tidak dicoretkan dengan ayat-ayat yang membangkitkan rasa aura perhubungan sesama insan. Banyak yang terkumpul didalam kepala tetapi tidak dapat diluahkan sebebas-bebasnya. Waktu ini pun baru agaknya rasa perlu untuk menulis walaupun memang tahu banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Bila dimuhasabah balik, masih banyak lagi kerja yang tertunggak. Namun begitu rasa lega sedikit apabila penyeliaan praktikum bagi sarjana muda telah habis dijalankan untuk fasa pertama. Hanya tinggal untuk menyelia pelajar sarjana pula. Kajian pun banyak yang belum ditulis lagi. Kertas kerja konvensyen PERKAMA masih tergantung ideanya. Program untuk AIDS masih belum diterjemahkan lagi tindakannya. Banyak lagi yang lain. Biarlah nak kena buat satu-satu. Handphone pula tidak lepas daripada sms pelajar untuk mengadakan sesi konsultasi. Namun balas tetap balas. Kerja saya bukan hanya membuat konsultasi. Tarikh yang sesuai diberikan agar pelajar berkenaan dapat sesuaikan masa untuk hadir berjumpa dengan saya. Jumpa boleh jumpa, tiada masalah. Sekarang saya masih lagi belajar untuk UTAMAKAN perkara yang UTAMA. Dulu pun sama saya begini juga. Dan saya rasa kaedah ini yang terbaik dari dulu sampai sekarang untuk saya mengurus diri saya. Walaupun saya sedar saya terlepas sesuatu peluang keemasan kerana saya memilih bukan untuk EMAS tetapi untuk selesa dengan pilihan saya. Jadi, bila utamakan yang utama bukan semua akan dapat dilaksanakan pada suatu masa. Blog saya juga mungkin merana kerana saya hanya berkesempatan untuk melayannya apabila saya fikir pada waktu ini saya akan melayannya. Maafkan saya drjazimin.blogspot.com kerana anda bukanlah tidak utama tetapi ada yang lebih UTAMA daripada anda pada waktu tertentu dan terkini.

Saturday, February 14, 2009

DOING AND DIRECTION


Peringkat ini klien digalakkan untuk mengenal pasti kehendak yang beliau inginkan. Kaunselor yang mengendalikan sesi Terapi Realiti hendaklah mengelakkan sebarang kritikan, paksaan dan dendaan terhadap apa sahaja keinginan klien. Mengikut Glasser (1965) Kaunselor hanya menjadi fasilitator untuk memandu arah klien agar dapat mengenal pasti secara jelas tentang keseluruhan tingkah laku (total behaviour) yang meliputi aspek perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Semuanya ini termasuk keinginan, persepsi, ekspektasi keluarga, rakan dan persekitaran klien. Kaunselor berorientasikan realiti percaya bahawa perubahan-perubahan dalam kehidupan seseorang berlaku adalah akibat daripada cara seseorang itu bertingkah laku.

Kaunselor berbincang mengenai tingkah laku dan arah tuju sebenar usaha yang ingin dibuat oleh klien. Glasser (1985, 1986, 1990) menyatakan kaunselor hendaklah bertanya klien berkaitan dengan keseluruhan arahan tingkah laku yang mereka inginkan dalam hidup mereka. Jika klien tidak tahu, kaunselor hendaklah memfokuskan kepada klien tentang apa yang dia ingin buat sekarang untuk memastikan tingkah laku yang diinginkan adalah semasa dan sesuai. Soalan generik “What are you doing?” di mana setiap perkataan mempunyai makna tertentu bagi kaunselor. What disifatkan kaunselor bertanya dengan terperinci tentang apa yang berlaku terhadap klien pada masa tersebut. Are merujuk kepada penekanan masa kini merujuk keperluan semasa yang diinginkan oleh klien. You pula berfokus pada klien sama ada dapat mengawal dirinya atau faktor luar yang mengawal dirinya. Doing adalah merujuk kepada apa yang klien buat terhadap keseluruhan tingkah lakunya untuk mencapai apa yang klien inginkan. Kaunselor akan berbincang dengan klien tentang tingkah laku klien dan arah tuju hidupnya. Di sini lah kaunselor mempertimbangkan usaha yang dilakukan oleh klien untuk mencapai matlamat dalam hidupnya. Kaunselor membincangkan dengan klien supaya klien dapat melihat, memahami dan menilai tingkah laku semasa klien ke arah mencapai matlamat yang diinginkan oleh klien dalam kehidupan.

Wubbolding (2000a) telah memberikan contoh bagaimana cara mengenal pasti arah tuju klien dalam sesi kaunseling sebagaimana transkripsi berikut;


Kaunselor : You started to talk about how you feel ...


Klien : Yes, I’m always down about something


Kaunselor : Does the word depressed or down-in-the dumps desribe it?


Klien : Yeah, that’s it.


Kaunselor : Talk more about it.


Klien : I always have the blues, feel rotten.


Kaunselor : I have a very important question for you


Klien : What is it?


Kaunselor : This is central to the counseling. It’s extremely important. How do you know you’re depressed?


Klien : Well, I uh ...I just feel bad all the time.


Kaunselor : But how do you know you feel bad?


Klien : I’m always down.


Kaunselor : I know I’m pressing you a little, but how do you know you feel down?


Klien : Everything looks bleak, dark and hopeless


Kaunselor : Ok, Now you’ve said something extremely important


Klien : I did?


Kaunselor : Yes, you seen to view the world around you in negative way. You always see the dark side. I that accurate?


Klien : Yes, that’s for sure.


Kaunselor : So, you not only feel bad, you think or see the worst.


Klien : Yes.


Kaunselor : How else do you know you’re depressed?


Klien : Well, I don’t feel like doing anything.


Kaunselor : Oh, I see. You are kind of immobilized, can’t do What you want to do?


Klien : Yes, I just do What I have to and then mope around.


Kaunselor : So, you aren’t taking the actions you want to take?


Klien : Right.


Kaunselor : What do people who seem to be happy do that you don’t do?


Klien : They are involved with my friends, take care of their homes, have fun. They do the things I once did.


Kaunselor : So you used to do what others do now-happy things.


Klien : Right.


Kaunselor : If you felt better, how would you know it or What would be better? How would other people know?What would lead someone to say. “There i an upbeat person who has an optimistic outlook on life?”


Klien : I’d be happy.


Kaunselor : That’s how you would feel. But What would you be doing?


Klien : I’d be joking, active, outgoing, have friends.


Kaunselor : What would you be doing today if you would be out going?


Klien : I guess I’d be talking to my neigbors and walking around the neigbourhood for the while.


Kaunselor : So you know you’re unhappy by looking at what you’re doing. Let’s talk about how you spend you time.


Klien : Ok.


Sumber : Ahmad Jazimin (2008).


Sunday, February 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO YOU


Happy birthday to you mak. I love you so much. Terima kasih kerana melahirkan Zimin. Zimin kagum kerana mak tabah walaupun abah telah lama meninggalkan kita. Kita doakan agar abah sentiasa dilimpahi rahmat Allah di alam sana. Doakan Zimin bahagia di dunia dan di akhirat. Zimin doakan mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan segala-galanya baik untuk mak. Sukar untuk dinyatakan lagi kerana mak adalah adalah syurga Zimin. Salam rindu dari Zimin, Effa, Ayum & Hani.

WANTS, NEEDS & PERCEPTION


Quality world boleh juga dinamakan sebagai kehendak atau pun harapan. Setiap manusia mempunyai kehendak dan harapan. Harapan-harapan ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan, didikan, latar belakang dan intuisi insan tentang sesuatu perkara. Quality world dipandu oleh basic needs. Basic needs terdiri daripada keinginan individu itu untuk menyayangi dan disayangi oleh orang lain (love & belonging), mendapatkan penghargaan (power), inginkan kebebasan (freedom), inginkan kegembiraan (fun) dan ingin terus hidup (survival). Individu bebabs memilih needs mana yang dia mahu. Tapi tak semestinya needs yang dipilih sesuai dengan dunia sebenar yang dia alami. Needs ini juga mempengaruhi untuk individu membuat pilihan. Individu bebas membuat pilihan dan biasanya pilihan yang dibuat akan mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku yang dipilih biasanya atas pilihan needs individu walaupun ianya tidak sama dengan perceived world dan dunia realiti sebenar individu itu. Biasanya konflik timbul setelah individu memilih needs untuk bertingkah laku berbeza dengan dunia realitinya yang sebenar.

Oleh itu, berdasarkan amalan dalam Terapi Realiti kaunselor harus membantu klien untuk mengenal pasti apakah sebenarnya tingkah laku yang diingini oleh klien selaras dengan apa yang beliau persepsi kan selama ini. Kaunselor harus memberi perhatian kepada dunia kehendak klien(quality world). Kaunselor perlu peka tentang kehendak dan matlamat yang klien inginkan dalam hidupnya. Banyak keinginan yang ditimbulkan semasa perkongsian dengan kaunselor, namun kaunselor hendaklah peka dan melihat kepada kehendak yang paling utama berdasarkan kepada keutamaan kehendak klien tadi. Kaunselor hendak lah menghargai segala kehendak klien selaras dengan falsafah terapi ini. Kaunselor perlu menghargai kegembiraan, menyayangi dan disayangi, inginkan kebebasan, inginkan pengiktirafan dan ingin meneruskan kehidupan walau dengan apa cara sekalipun. Penerokaan kehendak klien termasuk elemen dunia kualiti klien, perhubungan dengan orang lain, sistem kepercayaan dan posisi diri klien (Ahmad Jazimin 2007a; Glasser 1998).

Manusia dimotivasikan untuk memenuhi keperluan dan kehendak, penting bagi kaunselor meneroka apa yang klien inginkan dalam hidupnya. Soalan yang perlu ditanya “Apa yang anda mahu dari pasangan anda? Sekolah? Kerjaya? Rakan? Ibu bapa? Anak-anak? Penyelia? Diri Anda? Agama?”.

Menurut Corey (2005) mengatakan terdapat beberapa soalan yang menolong untuk melihat kehendak klien (quality world) iaitu sebagaimana berikut;
a) “Apa yang anda mahu anda telah dapat?”
b) “Apa yang anda mahu yang anda tidak dapat?”
c) “Apa yang anda telah dapat yang anda tidak mahu?”
d) “Jika anda ingin jadi seseorang dalam hidup anda, orang yang macam mana yang anda
harapkan ?
e) ”Adakah kehendak ibu bapa dan kehendak anda serasi”?

Sunday, February 1, 2009

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Syukur Alhamdulillah. Saya telah dipilih oleh Dato VC untuk menganggotai kajian di SAR. Sudah lama saya tunggu saat ini. Ia bagaikan impian menjadi realiti. Walaupun kajian ini tidak mempunyai dana yang tetap tetapi atas keyakinan yang diberikan oleh Dato VC, kumpulan pengkaji sehati sejiwa bersetuju untuk memberi bakti kepada SAR. Dapatlah saya berdamping dengan ustaz-ustaz di Fakulti Sains Sosial dalam menjalankan kajian ini. Kata Nabi, ulama adalah pewaris Nabi. Jadi saya fikir ianya tidak rugi sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Pada 29 Januari lepas saya sempat melawat di dua buah sekolah SAR di negeri Perak bersama Dr. Misnan (Pensyarah Pendidikan Islam). Hasil lawatan tersebut ada beberapa perkara yang saya dapat :

1. SAR adalah tempat melatih kader yang faham tentang intipati Islam bukan sahaja daripada aspek ilmu agama untuk peperiksaan malah usaha yang dibuat oleh pihak sekolah untuk pelajar mempelajari kitab-kitab lama daripada ulama muktabar sangat bermakna.
2. Perlu sangat program akademik dan motivasi kerjaya di jalankan ke atas pelajar-pelajar agar pelajar dapat ilmu yang seimbang selras dengan arus globalisasi dunia.
3. Guru-guru perlu dilatih (itu pun jika guru mahu memperkembangkan lagi ilmu)
4. Mereka sangat memerlukan bimbingan dalam subjek Bahasa Arab kerana keputusan menunjukkan ramai pelajar SAR rendah Bahasa Arab
5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sangat diperlukan. Saya mencadangkan agar ada kaunseling pelatih dapat berpraktikum di sana. Malah yang lebih baik, sekiranya KPM dapat menempatkan guru kaunseling di SAR.
6. SAR perlu dikekalkan dengan gabungan ilmu-ilmu Islam dan sains teknologi semasa dengan harapan pelajar tersebut lah pewaris para nabi.
7. Bantuan fasiliti harus diberikan kerana tidak rugi membela agama dan bangsa.

Banyak lagi idea yang ada. Cuma soalnya, boleh ke kami menolong dalam alam yang realistik ? Yang pasti kami pihak pengkaji perlu merealisasikan kajian tindakan di SAR ini sekurang-kurangnya menjadi amal jariah di akhirat nanti. Aminn...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP