Monday, March 23, 2009

Hari ini tiada senda dalam bicara

Majlis Anugerah Jabatan B&K selesai sudah. Tahniah saya ucapkan kepada Fauzi dan rakan-rakan kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Semoga saudara tidak janggal bila ke sekolah nanti sebagai kaunselor dalam menggalas amanah sebagai orang penting dalam majlis di sekolah.

Semasa majlis berlangsung saya tersentak apabila Zero(Azirul) menyanyikan lagu "Hari ini tiada senda dalam bicara". Lagu itu sangat signifikan dengan diri saya. Terkenang saya semasa di sekolah dulu. Sudah lama saya tidak mendengar lagu ini. Semasa Zero mengungkapkan lirik lagu tersebut, tanpa sedar saya menyayi sekali. Puan Hapsah duduk di sebelah saya tersenyum. Saya jelaskan kepada beliau bahawa lagu ini sangat bererti kepada saya. Lagu ini lagu lama, tapi nampaknya Zero masih lagi mewarisinya. Ingin saya mengungkap balik lagu yang Zero nyayikan tadi:

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bagunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Tempat mula ku mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah, Allah hu Rabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya, indahnya oooooo....indahnya...

Wahai generasi... dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Teruskan ohh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapan ku ini
Pohon untukku dalam doa mu
Diriku pejuang Islam yang satu...

10 comments:

Mohd Azirul bin Ismail March 23, 2009 at 10:05 PM  
This comment has been removed by the author.
Mohd Azirul bin Ismail March 23, 2009 at 10:07 PM  

salam my respected senior n beloved lecturer .. ehehe ..
sebenarnye dr sye pn spontanous je nyanyi lagu tu sbb tetibe tgk semue batch Trainers terutama gurls turun nak naik stage cz plan awal juz lelaki je naik..lgpun lagu tu sye simpan utk graduasi .. but then im touched with their support so this wonderful song really worth to be heard by all of the audiences in that audi.. n seronok je melihat dr. pn nyanyi same2 lagu Rintihan Kalbu ni..Pn Hapsah la paling untung dpt dgr nyanyian dr...hehe..

Big's G March 24, 2009 at 11:21 AM  

lirik dia memang banyak beri makna..

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA March 24, 2009 at 8:49 PM  

Hemsem nya gambar masa muda2 tu... he he he...

Mohd Azirul bin Ismail March 25, 2009 at 1:03 AM  

tu baru mase mude dr.alya..:)

kalo mase zaman remaja lagi la..

igauan satu Dungun mse tu..

Dr Ahmad Jazimin Jusoh March 25, 2009 at 3:51 AM  

Benar Alya dan Zero,

Kenangan lama mungkin tidak akan berulang kembali kerana masa, tempat, keadaan dah berbeza. Yang boleh dilakukan hanyalah menghargai kenangan tersebut dan tersenyum sendirian kerana ianya sangat beharga.
Maklumlah masa hensem tu tengah jadi penyanyi solo di pentas.

fauzi March 28, 2009 at 2:27 AM  

sama2 drJ...thanks coz sudi meriahkn fmly day.next time dr plak nyanyi kat atas pntas.hehe!

MRMZ July 26, 2012 at 1:04 PM  

Salam Abg Ja,

Saya merupakan junior didikan abg ja di Blok TT Masa form 1 tahun 1991/1992 dan merupakan didikan abg ja dengan irama nasyid Generasiku,Al-Aqsa,Sunnah Berjuang 1 dan saya sendiri pernah jadi solo untuk nyanyik lagu Khabaran Rasul bawah didikan abang.Masa tu tahun kegemilangan Tun Telanai dalam persada nasyid SMSD di mana kita berjaya memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan masa tu. Semuanya berkat didikan abg Ja jua..Kini saya berkhidmat di Kementerian Peljaran Malaysia dan lagu2 nasyid SMSD tak pernah lekang di bibir saya dan sentiasa di jiwa dan minda saya termasuk lagu ni...Semoga abang Ja Sukses selalu dalam karier abang dalam membantu anak bangsa kita..wallahualam..
Ikhlas dari,
MOHD RIZA MOHMED ZUHRI
Batch SPM 1996

fakhri August 3, 2012 at 8:27 AM  

Salam abg ja,

Memang ingat sokmo2.Riza mmg power nyanyi..kat parcel 5 ni, blh dgr sore dia nyanyi lagu nasyid.
nak2 lagu raya nasyid .

" hari ini, hari raya...hari untu, mengucapkan syukur....banyakkan bertasbih, bertakbir bertahmid,
memuji ilahi, sebanyak yang mungkin..........."

hahaha,
ji,
abg ja ni mmg power pun nyanyi....
kacang je tu...no hal...mendayu2 kalau lagu nasyid...lagu lain x tahu la plk..hahaha.

riza,
nanti dtg umah terbuka aku, deh...ko dkt je..jalan kaki blh sampai.

fakhri August 3, 2012 at 8:29 AM  

Lagu tu mmg bermakna buat semua semesdian..
memang syahdu,nak nak kalau dalam kegelapan malam...sbb maknya yang cukup mendalam...tanpa sedar, dada menjadi sebak dan airmata mengalir tanpa disedari..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP