Prosedur melaksanakan latihan ilmiah
Saya ingin kongsikan secara khusus tentang prosedur biasa dalam melaksanakan latihan ilmiah sebagaimana berikut :
1. Jumpa penyelia latihan ilmiah untuk membincangkan konteks penyelidikan yang ingin dikaji. Penyelia penting kerana ia adalah nadi kepada latihan ilmiah yang dijalankan. Terima konseptual daripada penyelia dan buat rumusan yang sebaik mungkin untuk merangka kajian yang bakal di jalankan.
2. Dapatkan persetujuan daripada penyelia tentang area (bidang) yang ingin dikaji. Diingatkan untuk pelajar kaunseling hanya bidang kaunseling wajar dikaji. Paling tidak pun ada variebel kaunseling dan psikologi. Oleh itu, pengkaji perlu membezakan mana satu kaunseling dan mana satu psikologi. Yang lemahnya, dah hampir bergraduat pun tidak boleh membezakan antara kaunseling dan psikologi.
3. Buat bacaan sebagai mungkin sebelum menulis proposal kajian. Kebanyakan pengkaji pakai hentam sahaja penulisan tanpa berfokus berkaitan kajian latihan ilmiah yang ingin dijalankan. Teori yang digunakan mesti sesuai dengan kajian. Pernyataan masalah mesti jelas. Objektif kajian mesti mengukur apa yang sepatutnya diukur. Definisi kajian mesti boleh difahami dengan terang dan nyata. Kajian-kajian lepas hendaklah terkini (biasanya 5 tahun terkebelakang daripada tahun semasa, maknanya 2004). Metod kajian mesti sesuai dengan cara untuk menjalankan kajian. Alat ukur perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Objektif kajian pula boleh dianalisis dengan sempurna sama ada kuantitatif mahu pun kualitatif. Rujukan pula perlu lengkap. Jangan dalam teks ada nama tokoh berkenaan dan bila tengok rujukan tiada nama orang berkenaan. Nanti boleh dituduh plagiat. Dicadangkan ambil pengalaman senior semester lepas.
4. Selepas menulis kertas cadangan perlu rujuk kepada penyelia sentiasa. Bincang dengan penyelia. Dan untuk mengesahkan bahawa kajian tersebut boleh diteruskan, sila dapatkan PENGESAHAN penyelia secara bertulis atau ditandatangani oleh penyelia untuk diBENTANGKAN kepada penilai latihan ilmiah pada PROGRAM PEMBENTANGAN PROPOSAL di peringkat Jabatan.
5. Pembentang proposal biasa akan dinilai oleh pensyarah yang dilantik. Semua pelajar wajib hadir untuk mendengar pembentangan proposal. Setelah pembentangan dijalankan, suatu sesi soal jawab akan berlangsung. Pada waktu inilah penilai akan memberikan komen yang sewajar. Pada waktu ini juga sesuatu proposal kajian tersebut DITERIMA atau DITOLAK terus.
6. Katakan DITOLAK, suatu cadangan kajian lain perlu dirangka semula. Manakala, jika diterima pelajar perlu berjumpa dengan penyelia untuk memaklumkan perkembangan yang berlaku. Setelah diizinkan oleh penyelia, pelajar perlu MEMOHON KEBENARAN daripada INSTITUSI yang terbabit untuk menjalankan kajian. Institusi itu mungkin EPRD, KEMENTERIAN WANITA, MARA dan sebagainya asalkan ada persetujuan daripada pihak yang menjaga hal ehwal penyelidikan untuk melaksanakan kajian. Pesanan kepada pelajar jangan terus ke lapangan kajian sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang sepatutnya memberi kebenaran. Buat kerja biarlah beradab kerana kita akan dipandang mulia. Ibaratnya jangan masuk rumah rumah orang tanpa kebenaran.
7. Setelah mendapat kebenaran daripada PIHAK YANG BERWAJIB, kajian boleh dijalankan berdasarkan kepada metod kajian yang dijalankan. Buatlah ikut metod yang sesuai dan kurangkan ralat dalam kajian. Sebab semua prosedur dalam menjalankan kajian di lapangan akan ditanya semasa pembentangan dapatan kajian kelak.
8. Kemudian, PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN (biasanya enam minggu setelah Pembentangan Proposal Kajian ) akan dilaksanakan untuk mendengar dan menilai dapatan kajian diperoleh dan yang telah dianalisis. Pembentangan ini penting untuk menentukan kesahan dapatan kajian. Kemudian penilai akan menilai sejauhmana analisis yang dilakukan adakah selaras dengan objektif kajian. Pembentangan ini penting untuk membolehkan dapatan kajian dianalisis dengan cara yang betul. Lebih malang lagi semua dapatan kajian tidak dapat menjawab soalan kajian. Ramai yang membuat analisis yang salah walaupun objektif kajian adalah betul. Penilai juga akan melihat kesinambungan dapatan kajian dengan BAB 1, 2 dan 3 adakah ianya selaras. Jika tidak selaras, pembetulan perlu dilakukan segera. Dan jika teruk sangat mungkin data perlu dikutip balik.
9. Setelah PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN diluluskan barulah penulisan keseluruhan boleh dilakukan. Bagi latihan ilmiah hanya lima bab iaitu Bab 1,2,3,4 dan 5. Oleh itu pelajar perlu menulis dengan lengkap kesemua bab tersebut.
10. Setelah ditulis kesemua bab, pelajar perlu memberikan kepada penyelia untuk dikomen dan memberikan cadangan dan pandangan. Pendek kata DRAF penulisan akhir ini mungkin berlau beberapa kali. Pelajar saya ada yang 15 kali drafnya diperbaiki. Itu adalah perkara biasa. Ini kerana latihan ilmiah tidak sama dengan membuat tugasan assignment biasa kerana latihan ilmiah memerlukan penyeliaan yang berterusan sehingga ianya selesai.
11. Pastikan juga bahawa penulisan yang dibuat mengikut format APA. Boleh dapatkan daripada saya tentang format tersebut.
12. Setelah beberapa kali draf dibincangkan dengan penyelia, biasanya penyelia akan memberi isyarat "LATIHAN ILMIAH ANDA BOLEH DI BINDING (DIBUKUKAN) DENGAN KULIT KERAS (HARD COVER)". Ayat inilah menjadi ayat yang ditunggu-tunggu. Setelah mendapat pengesahan penyelia untuk dibinding kulit keras, barulah proses tersebut dilakukan. Format untuk binding pun boleh dapatkan daripada saya.
13. Setelah dibukukan kulit keras, latihan ilmiah itu perlu diserahkan kepada penyelia, penyelaras latihan ilmiah (setakat ini) dan klinik kaunseling untuk diberikan kepada agensi yang meluluskan kajian itu dilakukan. Rujuk saya untuk maklumat lengkap.
14. Sekiranya prosedur ini dapat dipenuhi, maka syarat untuk latihan ilmiah ini diluluskan adalah cerah. Sebab ada latihan ilmiah yang kita kena tangguhkan sementara. Oleh itu buat ikutlah prosedur agar tidak banyak cacat celanya nanti.
15. Penulisan tentang penyelidikan dan latihan ilmiah terutama daripada konteks ilmu penyelidikan banyak saya kongsikan dalam blog saya yang satu lagi iaitu http://drjazimin.com
4 comments:
Bestnya lah hai ada pensyarah yang suka nak berkongsi dengan pelajar cam Dr ni...bersemangat selalu... tingin nak jadi anak murid Dr...nak belajar dan berkongsi dengan Dr.
salam.. kepada para pelajar yg bakal melaksanakan latihan ilmiah. Cuti nanti pulun cari maklumat betul2, mantapkan bab 1,2,3.. Rugi kalau korang tunggu bukak cuti nanti baru buat, xcukup masa nanti.. Paling utama bab 2, TINJAUAN LITERATUR. Cari sebanyak mungkin, sbb mmg akan membantu pada bab 5 nanti..
wah!!.. dr.. bestnye jadi sem 6.. drj dah bitau satu satu perlu buat .. kami dulu kena cari sendiri je.. pada semua sem 6.. ambil la peluang ni buat betol2.. bukan pe.. dulu tak senang mcm ni.. dr jazimin dah tolong bagi garis panduan.. kami plak dulu.. tak standard camni.. pada pendapat Bigs la.. yg penting tahu cara pemarkatan dan analisis.. kaji soal selidik.. sebab nanti dah masuk bab 4.. penin plaks.. ambik tahu pasal ordinal, nominal, parametrik, non parametrik.. bukan nye susah serach internet.. kompem ada.. yg pasti buat cecepat.. byk jumpe penyelia.. insyaallah.. yang selebihnya.. tawakal.. so good luck semua.. DR J. terus kan usaha.. Hope DR J dapat rebranding semula Pend. Bimbingan Dan Kuanseling.. amin...
InsyaAllah saya cuba buat yang terbaik. Selebihnya pelajar sendiri kena usaha. Ikut panduan yang saya beri. Semester 6 memang beruntung kerana saya bagi ingatan awal berdasarkan pengalaman dengan sem 7. Jika tak boleh jalankan juga latihan ilmiah maknanya anda yang tidak faham panduan tersebut. Kepada Sem 7 anda dah lalui cabaran yang getir. Sem 6 perlu ambil pengajaran bermakna dengan Sem 7 sebelum mereka keluar. Latihan ilmiah itu akan selesai setelah anda bukukan kulit keras (hard cover) dengan PERSETUJUAN PENYELIA dan PENYELARAS. Kepada Alya, saya akan serius meneliti cadangan kajian selepas 7 hb nanti.
Post a Comment