International Technology Inovation Exhibition (ITEX 2009) dan Hari Guru 2009
Saya pada awalnya keliru mana satu yang ingin saya pilih untuk menghadirkan diri. Saya telah diminta untuk hadir ke ITEX 2009 bagi Pertandingan Pameran Teknologi dan Inovasi di KLCC dan dalam masa yang sama diminta juga hadir bagi Pelancaran Buku sempena Hari Guru di Kuala Terengganu. Akhirnya saya memilih untuk hadir ke ITEX 2009 bagi menyokong sepenuhnya Ketua Produk Prodigy, En. Ab Aziz Yatim. Sebab saya fikir saya telah memberikan persetujuan awal untuk komited dalam pameran tersebut. Lagipun kami ada perancangan yang baru yang bakal mengejutkan banyak pihak. InsyaALLAH. Dalam masa yang sama juga fikiran saya melayang ke Majlis Pelancaran buku saya bersama Prof Datin Dr Noran Fauziah dan Pn Fatimah sempena Hari Guru. Buku kami bersama bertajuk Manual Guru : Pencegahan Buli di Sekolah telah dipilih untuk dilancarkan pada jam 9.30 pagi ini sempena dengan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Projek ini adalah hasil geran daripada UNICEF dan telah diterbitkan oleh UTUSAN Publication. InsyaAllah mungkin keluar dalam berita Utusan Malaysia besok. Syukur Alhamdullillah, inilah berita yang baik yang ingin saya umumkan kerana bukan mudah harta intelek orang akademik dapat dikormesilkan. Cuma soal adalah diri saya. Saya selalu berhadapan untuk membuat keputusan yang sukar kerana kedua-dua tu sangat bermakna kepada saya. Saya bimbang saya membuat keputusan yang salah. Yang pasti keputusan perlu dibuat.
3 comments:
Tahniah Dr....
Saya yakin Dr akan dpt membuat kep yg terbaik utk diri Dr sendiri dan juga org lain, cuma mungkin perlukan sedikit ruang utk mpertimbgkannya...realitinya Dr x kan blh berada secara fizikal di kedua2 tpt pd masa yg sama krn kekangan jarak dan waktu..but in these modern world nowadays u can b in so many places at one time without actually being there; rasanya Dr lbh arif...gd luck in making the decision dan smoga kep yg diambil adalah yg terbaik. Sometimes to gain something we have to lose something first...sekadar pdgn dr insan kerdil yg msh perlu byk belajar dr DR...
Alhamdulillah dan tahniah...
Kejayaan yang besar tu Dr... mesti sukar nak membahagikan masa sebelum publishnya buku tu kan... Dah publish alhamdulillah lega dan mendorong ke arah penghasilan kejayaan lain pula..
Doakan kemudahan untuk saya juga Dr..
Terima kasih Pn Yati dan Alya,
Memang saya melalui saat sukar dalam menyiapkan manual ini. Sangat teknikal. Hanya semangat yang kuat. Dan sedia terima segala kesudahan. Akhirnya dengan hasil yang baik. Alhamdulillah.
Post a Comment