Sunday, April 19, 2009

Memenuhi keinginan love & belonging






Dalam sesibuk mana pun kerja, kasih sayang terhadap keluarga perlu dipertahankan. Memang sibuk dan masa yang terluang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengeratkan lagi rasa kasih dan sayang. Saya memilih untuk ke Zoo Negara pada hari ini untuk memenuhi tuntutan kedua-dua anak saya. Mereka juga mempunyai keinginan dalam dunia mereka sendiri yang perlu saya fahami. Jika tidak sampai bila saya hanya memenuhi keinginan saya sendiri tanpa menghiraukan keinginan orang lain. Sebab itu benar juga teori Glasser, hubungan yang baik bila love & belonging nya tinggi. Pada waktu ini saya memang tidak ingin diganggu, konsentrasi saya hanya mahu dengan keluarga.

11 comments:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil April 19, 2009 at 7:16 PM  

salam.

yups.betul.
sudah lama tidak bercuti dengan keluarga.
sejak dah besar panjang ne.

~nak bawa mak ngan ayah bercuti pulak lepas ne~

Dr Ahmad Jazimin Jusoh April 19, 2009 at 7:19 PM  

Baguslah niat saudara Handhalah. Ok saya nak magrib pula

AFITI April 20, 2009 at 3:16 AM  

SALAM dr..sy tgok blog dr pun tumpang lega..huhu..sblm ni..tgok dr dlm hal kerja jer..bila tgok dr keluar..sy pun mcm tumpang bebas,..best tgok gmbr2..sure ank2 gembira blh tgok gajah2..hehe

Dr Ahmad Jazimin Jusoh April 20, 2009 at 7:06 AM  

Memang saya nampak dia orang gembira sangat. Hajat saya pun tercapai sebab bukan mudah memberi kegembiraan kepada orang tersayang. Semuanya memerlukan keinginan, usaha dan komitmen.

Big's G April 20, 2009 at 7:23 PM  

bestnye.. gi zoo.. uhhuuh.. saya nak wat program sukarelawan ke zoo untuk kelas cadang nye.. tapi kekangan masa.. so.. terbatal la niat:), ihihihi.. insyaallah saya bawak anak murid saya je la nanti.. :), DR J.. hero dr tu kancing baju sampai atas tu... hensem ihhih:)

AFITI April 20, 2009 at 9:02 PM  

masa sbnrnya..ada sgt..sy pun suka time busy2..tiba2 hilangkan diri dr busy tu..keluar release..wahh..best..wooh..abg mizi..pasal kancing baju ni..tu type orgnya berdisiplin..tgok cr pmakaian pun..ank sulung dr ni..ada gaya papanya..huhuu...berperaturan dan berdisiplin ank dr ni..kalau nmpk gaya dr baju lahh..kalau kt skolah pengawas skolah ni..kot..entah2..nnti ketua pgwas bila drjah 6..huhu..

dr..proposal sy siap dah..hahahaa..lega...

Anna April 29, 2009 at 11:56 AM  

Salam.. Dr.J, mg sihat sekeluarga. Wah, besar dan makin ensem anak sulung Dr. dan k.efa.Dah ada sepasang yea cahaya mata.Tahniah. Dulu kan..motel bdnnya boy tu, masa saya dtg raya umah Dr. Agak2 Dr.J ingat saya? Saya da link Dr.punya blog. Bole kan? Rindu zaman2 upsi. Bila da keje dan famili ni, komitmen perlu saya bahagikan. Lain rasanya. Kalo mungkin Dr. da lupa dan nak ingat semula, bole la jengok blog anazhan.blogspot.com. Kirim salam kat mama efa. Wasalam.

Dr Ahmad Jazimin Jusoh April 29, 2009 at 5:38 PM  

Anna, saya rasa tidak lupa. Terima kasih atas ingatan. Seronok tengok anak murid dah jadi matang dan dapat berbakti kepada siapa saja.

taifor May 2, 2009 at 5:37 AM  

Tahniah saudara, saya masih ingat semasa kita bersama dalam satu seminar pada masa tu Dr. sedang sebuk mencari, menghubungi pensyarah-pensyarah pakar diseliruh pelusuk dunia untuk menyiapakan tesis Dr. di atas tajuk teori Realiti. Hari ini Dr.dah berjaya. Konsilah ilmu tu dengan sebaik mungkin dengan anak-anak pelajar dan sesiapa saja.Moga diberkati Allah jua. Bekas murid saya ramai di UPSI ni Dr. Bila jumpa dengan mereka ingatkan pada mereka pesanan saya. Cikgu Taifor Kelantan.

Dr Ahmad Jazimin Jusoh May 3, 2009 at 8:12 AM  

Terima kasih Cikgu Taifor. Seingat saya kita pernah sebilik semasa Konvesyen Kaunseling di ESSET, Bangi. Terima kasih banyak memeberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pelajar saya. Semoga Allah memudahkan urusan cikgu sekeluarga

su_hana May 7, 2009 at 1:11 PM  

salam dr. la...patut la tergerak hati saya nk buka komen dr.ni...rupa-rupanya bak berjumpa balik dengan kaunselor sekolah saya dulu.sebenarnya cikgu taifor tu kaunselor sekolah saya dulu.huhuhu...da lost kontek,,tak taw camana nak hubungi dia semula..waaa...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP