Hati kata nak, badan dah tak larat
Seminggu dua ini bayak benar tugas yang perlu diselesaikan. Begitulah situasi di universiti bila pelajar telah bercuti. Saya ingat mudah untuk bercuti tetapi penuh dengan pelbagai tugas dan tanggung jawab. Banyak perkara yang telah dijalankan iaitu terlibat dalam Kursus Kepimpinan Pengajaran, Kursus Bitara, mesyuarat jabatan, bina modul pembangunan sahsiah, bengkel penerbitan dan bermacam-macam lagi. Dan yang paling mencabar adalah mengemas kini markah pelajar. Bukan mudah nak nilai pelajar. Banyak aspek kena ambil kira dan yang paling menakutkan bila vetting markah di jabatan dan fakulti. Rasa pening lalat bila ada orang tanya kenapa dia dapat A dan kenapa dia dapat D. Bukan mudah sebenarnya. Dalam masa yang sama banyak impian saya tidak menjadi kenyataan seperti menulis buku, membuat research, melaksanakan amalan kaunseling dengan klien, menulis blog, baca surat khabar, modul Prodigy dan macam-macam lagi. Mungkin juga saya kena terima kenyataan bahawa hati saya berkobar-kobar untuk melaksanakannya tetapi badan dah tak larat. Pendek kata, power ada, survival dah letih.
0 comments:
Post a Comment