Sunday, August 9, 2009

Utamakan yang utama

Banyak perkara yang utama yang perlu saya siapkan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang tidak tahu yang mana satu yang perlu didahulukan. Di sinilah masa yang kritikal untuk saya membuat pilihan. Dan kadangkala pilihan saya juga seringkali tersilap. Namun demikian tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan jua. Sekali lagi saya menghadapi saat yang sukar dalam menentukan mana yang paling utama. Tugas seperti semakan semula program pasca, persidangan kebangsaan kaunseling, menyemak tugasan pelajar, tugasan PTK, membina soal selidik kerjaya untuk SAR, memulakan projek FRGS, menyemak latihan ilmiah, projek master dan disertai pelajar PhD, mengeluarkan surat internship kepada pelajar yang menangguh pengajian dan macam-macam lagi yang belum tersenarai. Ya Allah...jauhkan saya daripada wabak H1N1, jika tidak sudah tentu yang utama yang saya fikirkan tidak terlaksana. Yang lebih menyukarkan lagi, Ya Allah... jauhkanlah keluarga saya daripada sebarang wabak penyakit. Bagi saya keutamaan kepada keluarga adalah utama daripada yang utama. Keputusan membuat pilihan keutamaan boleh menyulitkan psikologi saya sekiranya keluarga saya mendapat musibah. Walau bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana Ahmad Qayyum telah sihat kembali. Congakan saya sekarang adalah memberi fokus kepada kerja untuk memilih yang utama dari keutamaan yang ada. Dan sekarang yang utama adalah menyampaikan mesej saya melalui blog. Selepas ini saya akan susun satu persatu.

4 comments:

AFITI August 9, 2009 at 4:10 PM  

salam..dr..knapa dgn qayyum..sakit?disyaki h1n1 ker?alhmadulillah sudah sembuh

Ex-upsi August 10, 2009 at 10:34 PM  

Salam.. Betul tu sifu.. . Em,kekadang sukar untuk mengutamakan yang utama. hehe.. . Semoga umat islam sentiasa dijauhi daripada wabak tersebut. Amin

Dr Ahmad Jazimin Jusoh August 11, 2009 at 5:35 AM  

Qayyum dah sihat. Risau juga. Dah masuk wad bila suhunya hampir 40 darjah Celcius.Sekarang ni nak kena mantau kesihatan dia.Kena sentiasa berjaga-jaga.

YAR212 September 10, 2009 at 11:41 AM  

Salam.... for whatever reasons, u still have to make ur choice. What is prior to u may not be prior to others. U might think that u've made a wrong choice but the issue is how u handle the choice that u've made. We are on earth not only to make choice from available alternatives but to solve problem as well. God bless u my son and ur family. Amin.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP