Monday, August 31, 2009

Kerja ini sangat mencabar


Banyak pertemuan-pertemuan yang diatur terpaksa dibatalkan. Saya harus memfokuskan kepada kerja yang segera. Saya mengambil langkah dengan cara berorientasikan matlamat. Tetapi saya masih sedar, bahawa dalam mencapai matlamat tidaklah sehingga matlamat menghalalkan cara. Ada tugas yang dalam satu masa saya berhadapan dengan dua tiga perkara yang perlu diselesaikan. Memang memenatkan. Saya tahu saya boleh mengabaikan sahaja. Tetapi itu bukan cara saya. Saya harus selesaikan kerana amanah. Amanah ada kaitan dengan 'adalah (keadilan). Keadilan adalah melaksanakan tanggungjawab kepada yang berhak menerimanya. Benar...kadang-kadang saya takut menghadapi masa depan yang belum pasti. Namun saya masih sayang bidang ini. Kagum saya dengan semangat Allahyarham Prof. Dr. Ismail Salleh. Matinya setelah pulang menyampaikan ilmu. Bila Rogers berbicara tentang kesempurnaan kendiri (self actualization) saya mula menyemak diri saya. Mungkinkah saya kena berdiam diri atau mengharungi bidang ini sehingga keluar satu perkataan " Cukuplah tu...tidak ada apa lagi yang lebih baik melainkan kebahagiaan untuk diri sendiri dan keluarga". Atau pun saya mengikut jejak Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi yang berjuang ke titisan darah terakhir demi agama dan rasulnya yang tercinta. Mungkin juga saya sudah jauh untuk menelaah kitab-kitab agama yang menyebabkan jiwa saya semakin resah. Memang benar sudah lama saya meninggalkan munajat di malam hari.

1 comments:

YAR212 September 10, 2009 at 11:50 AM  

Salam....
U've made the choice to manage urself by objectives. Congratulation. Next, u realized that u've forgotten munajat. Though MBO is a system u've chosen but pls there are other system that can be blended and integrated into ur present system. Even a factory need to be improved. If we block improvement, soon we'll find a dead end. May happiness pave ur way my son.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP