Sunday, May 10, 2009

PEMBENTANGAN PROPOSAL LATIHAN ILMIAH


Setelah saya berbincang dengan Azril, InsyaAllah pembentangan proposal latihan ilmiah akan dilakukan pada semester depan iaitu sebagaimana berikut :

Tarikh : 8 hingga 11 Julai 2009 (Rabu hingga Sabtu)

Masa : 8 pagi - 5 petang

Tempat : Akan ditentukan kemudian mengikut pembentang dan pensyarah penilai

Kehadiran : Wajib sebagai pembentang dan pendengar dalam bilik pembentangan yang ditentukan.

Kertas cadangan kajian akan dinilai oleh pensyarah penilai sama ada sesuai untuk dibawa untuk latihan ilmiah dan diteruskan atau pun sebaliknya.

Sila perpanjangkan kepada pelajar semester 6 yang akan mengambil latihan ilmiah pada semester depan. harap maklum.

4 comments:

AFITI May 10, 2009 at 8:29 PM  
This comment has been removed by the author.
AFITI May 10, 2009 at 8:33 PM  

SALAM dr..ewah..penyelia saya pun ada kt sebelah tu..terima kasih sgt2..pada Dr N..ats proposal sy tu..respon dia ok..dr J juga mmbntu sy ttg tajuk hari tu. Utk kajian, sy laksanakan modul yang sy cipta tu dr..tapi x tahulah samaada diterima atau tidak utk sem dpn bg latihan ilmiah.Utk sy nya proposal sy kndalikan program..bila dr N tny..betul ke sy nk buat porgram tu berasingan/sorg?saya ckp ya..dia kata..OKEY..SY NAK TENGOK..Bila dia cakap cmtu..berderau rasa..fuh..bila dh dia ckp macam tu..kna buat btul2..mntk2 tjuk tu lepas..cuma tjuk y dr J saran tu..sy tukar kpd modul shj..aslkn berkait dgn kerjaya.

p/s- Kt jbtn kita ada macam2 simbol..N la..J laa...hehe..

AFITI May 10, 2009 at 8:48 PM  

owh lupa nak cakap...8-10hb/5 sy ke UKM join kaunselor luar buat program..cikgu mustafa kamal dan cikgu hisyam..utk program kepimpinan pengawas smk tmn tuanku jaafar, N9..ms kt sn ada org bertanyakan ttg dr dan keluarga..iaitu guru Bi dari smktaman tuanku jaafar..dia bagitau kirim salam pad dr dan isteri..katanya..bgtau dr.kirim salam pd K.Efa..dia knl ms ajar kt sri pagi..nmnya..teacher juliana..dan sorg lagi..roomate kt sn..kak yan,ex student upm y smbg bljar kt SPaDa,skg kaunselor kt SMKTTJ..dia duk puji dr..tumpang kembang hidung pulak saya..hahaha...ya lah..dh psyarah kita..kalau x silap..dia ckp..ada sorg psyarah dia bgtahu..kalau nk kaji pasal apa tah..(lupa)..dia kata..syorkan jmput dr.sbb kjian dr ms phD katanya bgus..femes btol dr..kemana2 org tny jer knl x Jasimin(dorg panggil)..hehe..sy ckp..dr Jazimin mmg laku skg..hehee..sy kna byk blja dgn dr ni..dr..permintaan sy..dr tulislah perjalanan hidup dr..macam mana nak smpai tahap dr skg..sy nk tahu jugak,..boleh amik sstu..

Dr Ahmad Jazimin Jusoh May 12, 2009 at 8:11 AM  

InsyaAllah Fiti. Saya akan terus berbakti untuk agama, bangsa dan negara saya. Berkaitan dengan latihan ilmiah ia bukan kerja yang mudah. Perlu fokus dan elakkan plagiat. Bentang dahulu semester depan setelah penyelia luluskan. Ikut prosedur yang saya berikan. Syukur Alhamdullilah, saya masih dikenali oleh ramai kawan di Negeri Sembilan. Memang kenangan bersama rakan di Negeri amat manis dalam kerjaya saya sebagai kaunselor dahulu.Cuma bezanya, semasa saya jadi kaunselor saya juga sibuk tetapi masih ada fun dan freedom. Dan bila dah jadi pensyarah sibuknya lain macam. Kadang-kadang asyik nak marah orang aje.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP