Sunday, February 1, 2009

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Syukur Alhamdulillah. Saya telah dipilih oleh Dato VC untuk menganggotai kajian di SAR. Sudah lama saya tunggu saat ini. Ia bagaikan impian menjadi realiti. Walaupun kajian ini tidak mempunyai dana yang tetap tetapi atas keyakinan yang diberikan oleh Dato VC, kumpulan pengkaji sehati sejiwa bersetuju untuk memberi bakti kepada SAR. Dapatlah saya berdamping dengan ustaz-ustaz di Fakulti Sains Sosial dalam menjalankan kajian ini. Kata Nabi, ulama adalah pewaris Nabi. Jadi saya fikir ianya tidak rugi sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Pada 29 Januari lepas saya sempat melawat di dua buah sekolah SAR di negeri Perak bersama Dr. Misnan (Pensyarah Pendidikan Islam). Hasil lawatan tersebut ada beberapa perkara yang saya dapat :

1. SAR adalah tempat melatih kader yang faham tentang intipati Islam bukan sahaja daripada aspek ilmu agama untuk peperiksaan malah usaha yang dibuat oleh pihak sekolah untuk pelajar mempelajari kitab-kitab lama daripada ulama muktabar sangat bermakna.
2. Perlu sangat program akademik dan motivasi kerjaya di jalankan ke atas pelajar-pelajar agar pelajar dapat ilmu yang seimbang selras dengan arus globalisasi dunia.
3. Guru-guru perlu dilatih (itu pun jika guru mahu memperkembangkan lagi ilmu)
4. Mereka sangat memerlukan bimbingan dalam subjek Bahasa Arab kerana keputusan menunjukkan ramai pelajar SAR rendah Bahasa Arab
5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sangat diperlukan. Saya mencadangkan agar ada kaunseling pelatih dapat berpraktikum di sana. Malah yang lebih baik, sekiranya KPM dapat menempatkan guru kaunseling di SAR.
6. SAR perlu dikekalkan dengan gabungan ilmu-ilmu Islam dan sains teknologi semasa dengan harapan pelajar tersebut lah pewaris para nabi.
7. Bantuan fasiliti harus diberikan kerana tidak rugi membela agama dan bangsa.

Banyak lagi idea yang ada. Cuma soalnya, boleh ke kami menolong dalam alam yang realistik ? Yang pasti kami pihak pengkaji perlu merealisasikan kajian tindakan di SAR ini sekurang-kurangnya menjadi amal jariah di akhirat nanti. Aminn...

1 comments:

atie68 February 2, 2009 at 11:28 PM  

..sudah smpi masanya sesuatu dibuat bg memartabatkan SAR. Selama ini mereka yg kebykannya dibwh pengurusan sendiri menerima nasib yg berbeza bergantung kpd siapa yg mentadbirkannya....alangkah elok seandainya SAR dapat berfungsi dalam erti kata yg sebenar...agar manfaatnya dpt disebarluaskan kpd semua umat.Semoga usaha Dr dan rkn2 mendpt keberkatan dan dipermudahkan oleh Allah jalannya....InsyaAllah

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP