Monday, January 26, 2009

Komitmen vs Ambil Mudah

Syukur Alhamdulillah. Pengalaman membina akreditasi kaunseling untuk piawai Kebangsaan dan International dah hampir selesai di Cameron Highland. Pertemuan kedua akan dibuat di UUM, InsyaAllah akan membuahkan hasil kepada profesion kaunseling seluruh negara dan international. Saya paling seronok kerana dapat berjumpa dengan guru lama saya Tan Sri Dato' Wira Nordin Kardi. Beliau masih cergas dan fikirannya masih tajam walaupun sudah hampir 60-an. Paling kelakar apabila beliau menggelarkan saya sudah pakai seluar YB mungkin kerana badan saya dah semakin "debab" tidak seperti zaman 90 an yang lampau. Namun apa yang menarik tentang diri beliau adalah beliau sangat minat bermain golf sekarang. Sempat Tan Sri mengusik saya "tuan wajib main golf kerana golf adalah permainana masa depan, barulah badan slim tak macam YB". Bila berbual dengan Haji Muzafar, kami terdekah-dekah mengenangkan kata-kata sinis daripada Tan Sri. Bila agaknya nak kuruskan badan balik ni ya?

Walaupun di atas bumi Cameron, tetapi fikiran saya melayang kepada pelajar-pelajar tahun akhir saya yang sedang membentangkan latihan ilmiah di UPSI. Saya rasa tidak sabar-sabar untuk pulang melihat bagaimana proses pembentangan pelajar dijalankan. Boleh dikatakan saya sentiasa sms Tarmizi, pelajar saya lantik sebagai AJK untuk mengetahui perkembangan. Syukur Alhamdulillah komitmen pensyarah sangat menggembirakan saya. Namun malang bagi saya adalah KOMITMEN PELAJAR terutama hari Sabtu yang merupakan kemuncak pembentangan latihan ilmiah kerana sepatutnya melibatkan penyertaan yang ramai .

Dengan bersemangat, saya bergegas turun dari Cameron kerana seronok untuk menyelia dan menilai pelajar pada hari Jumaat malam lagi. Saya sanggup bersengkang mata mendengar pembentangan pelajar dengan niat membetulkan mana yang salah dan menyokong mana yang betul. Malam tersebut komitmen pelajar untuk hadir masih baik, hanya 5 orang yang tidak hadir.

Apa yang menyedihkan saya adalah pada pagi Sabtu. Saya rasa tidak sampai 40 orang hadir daripada 140 orang. Saya terfikir, adakah pelajar pentingkan diri sendiri? Hanya nak bentang yang dia punya kemudian cabut dan tidak memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang lain. Saya sudah taklimatkan kehadiran adalah wajib kerana ia melibatkan penilaian dalam latihan ilmiah dua minggu sebelumnya. Jika bukan untuk diri pun atau pun sebagai pembentang adakah tidak boleh dijadikan sebagai tanda hormat kepada guru yang mengajar dan membimbing?

Saya rasa saya masih memberikan komitmen yang tinggi kepada guru-guru saya walaupun saya telah bergelar pensyarah kerana saya percaya kepada keberkatan ilmu. Melainkan jika saya mempunyai komitmen yang lebih utama maka saya akan menjelaskan kepada guru saya mengapa saya tidak boleh hadir. InsyaAllah jika saya tidak mempunyai masalah lain saya akan hadir tepat pada masa dan memberikan komitmen yang sepenuhnya. Melainkan jika saya saya tidak mahu, maka saya akan menarik diri lebih awal lagi. Sejarah saya semasa sekolah, sebelum pengawal keselamatan membuka pagar sekolah saya telah terpacak di depan sekolah. Kadang-kadang adik saya yang lambat datang sekolah pun saya marah. Sejarah saya, saya orang paling awal dan sering bertukar ganti dengan pengetua sekolah semasa saya menjadi kaunselor di salah sebuah sekolah dahulu. Dan sekarang, tabiat tersebut masih lagi saya bawa ketika bertugas di UPSI. Boleh semak punch card saya pukul berapa saya datang UPSI.

Saya memang berkecil hati dengan komitmen pelajar pada hari Sabtu tersebut. Mereka yang telah meminta kebenaran saya kerana mempunyai kecemasan keluarga saya tidak kisah sangat. Saya sangat faham bahawa jika benar ada kecemasan saya akan memudahkan orang berada dalam kesusahan. Malah saya membenarkan hampir 5 orang pelajar balik disebabkan hal kecemasan. Bagi pelajar berbangsa Cina saya benarkan mereka balik hari Khamis petang lagi selepas mereka membuat pembentangan. Saya faham itu hari raya mereka dan hak mereka untuk balik.

Yang hairannya, kenapa hanya tinggal hampir 40 orang sahaja hari Sabtu ? Nak kata terlibat dengan raya Cina, majoritinya orang Melayu. Nak kata susah tiket bas hari Ahad pun boleh ambil lagi. Yang saya rasa ralat sangat, saya sudah taklimatkan tentang pembentangan latihan ilmiah pada tarikh 22-24 Januari. Tiada seorang pun membantah tentang tarikh tersebut. Saat beginilah saya terbayang saya menjadi HITLER semasa saya belajar di SBP dahulu. Sebagai pemimpin pelajar pada waktu itu, apa sahaja cara perlu dilakukan untuk mencapai matlamat. Bayangkan pada waktu itu saya boleh rotan pelajar walaupun saya pelajar. Semua ahli blok macam takut dengan saya. Kekuatan saya pada waktu itu kerana saya mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pelajar yang sama "badge" dengan saya dan juga warden. Warden pun dah faham perangai saya. Semua mesti perfectionist bagi saya. Di waktu itu untuk mencapai matlamat, ihsan tidak dipedulikan lagi. Yang penting matlamat tercapai dan bukan prosesnya. Mungkin juga itu cara yang terbaik kot.

Sekarang saya ligat berfikir. Mungkin zaman dah berubah kot? Lagenda Jazimin tidak boleh dikembalikan lagi. Dulu tak sama dengan sekarang ke ? Tapi saya ada jawapannya walaupun zaman berubah, adakah psikologi juga berubah? Ada beza ke air mata orang zaman dulu dengan sekarang? Ada beza ke komitmen orang dulu dengan sekarang ? Atau ada beza ke orang ambil mudah sesuatu perkara dulu dan sekarang ? Ada beza ke hormat orang dulu atau sekarang ?

Berfikir pun tidak menyelesaikan masalah. Saya rancang untuk berbuat sesuatu. Dan setakat ini, InsyaAllah Jazimin jarang gagal dalam perancangannya...Saya akan buat sesuatu...Semoga Allah memudahkan demi kebaikan bersama...sebab saya juga nak belajar apa makna KOMITMEN.

10 comments:

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA January 26, 2009 at 7:06 PM  

Pelajar sekarang dah banyak komitmen Dr he he he... Ada yang kena jaga bakal hati mak mertua..kena g teman mak mertua g shopping...tak kurang juga temankan g pasar atau latihan aerobik... he he he...

Sebenarnya bertuah yang amat sangatlah Dr ni pensyarah mereka. Atau juga mereka sebelum ni ada pengalaman dgn pensyarah yang tak kisah pun ambil berat tentang mereka...yg datang punch balik tepat masanya...yang datang kerana dibayar untuk mengajar..tidak lebih dr itu. Maka mereka sedang nak memahami Dr...insyaAllah apabila mereka faham kesungguhan Dr maka nanti mereka tidak ambil mudah akan usaha Dr.

Kita boleh motivate diri kita...tapi nak motivate org lain nak bg sama macam kita mungkin akan ambil masa. Masa kita dan masa mereka lain2. Mereka mungkin tidak nampak lagi apa yang kita nampak. Mereka mungkin kata mereka busy tapi mereka tidak tahu bagaimana busynya kita lagi...

Wasalam...

Dewi Yusof_09 January 27, 2009 at 11:34 AM  

Asslamualaikum Dr...komitmen vs ambil mudah..sbnrnye walaupn sy student tp sy fhm apa yg ingin dr mksdkan.kate2 dr mmg bnr..student kita ni lg rela menghabiskan masa di kl drpd dtg ke ke kampus sdgkan itulah tujuan sbnr mrk dtg ke sini. Isu komitmen bukan sekadar pelajar bersama lecturer shj tp pelajar bsama pljr juga mjadi mslh. ssh ke utk luangkan masa sekdar 15 minit hanya untk berbincng tentang keja bkumpulan. bukan bkumpulan namanyer andai keja yg sepptnyer dilakukan bsama dibuat oleh segelintir ahli sj. lagi sedih apabila ada yang hanya menjadi penumpang dan hnya tau mengarah tp x tau nk selesaikan mslh. Kata org kalo kt nk mbntah sesuatu ader 2 perkara utama yg kita lihat. Pertama mampukan kt mencari penyelesaian apabila kt tidak bsetuju dgn cdgn pertama. Kedua, apakah relevannyer kt menolak idea kwn yg lain sdgkan idea dia lg bgus dr idea kt..sedihnyer bler sumer ini terjadi..andai manusia fhm apa itu komitmen, kt akan lakukan sesuatu sebaik mungkin..dan itu yg sy pelajari dr ayah sy sehingga kini..

AFITI January 27, 2009 at 5:22 PM  
This comment has been removed by the author.
AFITI January 27, 2009 at 5:31 PM  

assalamualaikum..komitmen vs ambil mudah..teringat sy apabila sy ada konflik dalam organisasi. Komitmen memang perlu untuk diri dan organisasi, ketika itu, apabila org label kita semua perfect..dan tika ada sstu mslh tidak dapat dielakkan terjadi pada diri kita, mula lah org melabel kita, sampai bila-bila org x dapat ubh pemikiran. Kadang-kala dr,.mslh tu hadir apabila mnusia antra mnusia ni x blh nk consider dan mgapa kita blh pula consider dan mmhami..Itulah sbg pglmn suatu ketika dahulu y pernah dialami y ingin dikongsi..hehe. Namun, kita tidak berupaya untuk mengubah apa-apa, cuma berdoa shjlah kerana, lama-lama peristiwa itu akan ditelan oleh masa juga...dan mmbwa suatu nikmat...untuk diri...

Betul dewi,..ksian gak kat dewi erk..cuba baca kt portal..ada isu sl esimnt..y diluahkan oleh pljar..ttg pljar y dapat dekan dgn y xdpt dekan..y kerja bsungguh2 tulah dlm buat prgram..dalam buat tugasan..tapi x dpt pun dekan..hot juga isu itu dlm portal upsi..namun, percayalah dewi..dekan atau tidak itu bukan ukurannya..bila keluar lapangan sdri baru tahu mcm mn dan siapa y btul2 mgamalkan apa y dipelajari..terer bljar x smsmtinya terer aplikasi..itulah kelebihan mnusia msg2..xper dewi..Tuhan x bg skrg..mungkin bg kpuasan utk ms akan dtg utk dewi..lain kali, cari group y bnr2 blh buat kerja..

style fiti simple jer dewi..klau der y x dpt bg komitmen..mungkin kita fhm ms tu dorg ada hal..time tulah..kita akan bertolak ansur..mugnkin suautu ms kita pula y urgent ada hal x dpt dielakkan..bila kita tahu mcm tu..bg trus tugaan awal2...untill now..sepanjang berkumpulan..tiada lagi bermasalah..sling mmhami..alhmdulillah..sama2..mmberi tenaga..jadi, jgn segan meluahkan apa objektif nk buat kerja..dan bgtau awl2 dorg apa y sama2 nk capai dlm kumpulan..gud luck dewi!GAMBATE!

p/s--try bc kt portal upsi..hot juga isu asgmnt ni...ralit mmbcanya..dr pun ada ms sila la ke portal upsi..

tapi dalam perkara y dr bincgkan tu..sebenarnya pd pdgn sy...ISTILAH "RESPECT" perlu ada..especially respect kpd pendidik y mgjar..itulah.keadaan sekolah dan universiiti x sama..kenapa sekolah dulu blh hormat thp tggi pd guru..dgn lecturer x blh pulak..pdhal sm2 istilah pendidik..dan nak jadi pendidik pula..mudahnya..sekurang-kurangnya..blh hormat kpd tng pgjar..hormat pd guru ni insyaallah beri keberkatan..apa2 jer lah dr..
saya kagum sebab dr sgt berdisiplin dan komited..tgok orgnya pun dah tahu..wehehe..

Zero LoVe January 28, 2009 at 3:44 AM  
This comment has been removed by the author.
Zero LoVe January 28, 2009 at 3:49 AM  

salam dr.jazimin..

1st at all i really appreciated ur effortssss to make sure diz ViVa presentation happened..(fYi four guys dat had been chosen to manage diz important event was extremely hardworking n u choose da right persons)..

4 me n other friends who attended diz 3 days of presentation , we r really gratefully cz diz viVa taught us many things..
actually its really enjoyable+knowledgeable to make a journey from one session to another session with different lecturers..

for sure that some of lecturer's comment were really againts with what we learn from our supervisor but its just a learning session and we accepted it although sometimes its looked like very unfair to some students..ehehe..

n my 10 cents bout persons who doesnt attend diz viVa session without really excusable reason =
mereka2 yang berada dalam kerugian..

okies..sblum jari2 ini berhenti menari di atas kekunci laptop ini , suke sye bertanye satu soalan berbentuk sejaRah ..

di SBP itu , selame brape tahunkah dr. pernah menjadi HiTLeR itu??..dalam erti kata lain dari tahun bermula dan berakhir..:-)

Dr Ahmad Jazimin Jusoh January 29, 2009 at 5:16 AM  

Zero,

Hitler tu kisah lama. Adalah hampir dua tahun. Tapi saya cepat insaf. Niat saya jadi Hitler dulu pun bukan nak aniaya orang tapi nak lihat pendekatan yang terbaik dalam organisasi. Tapi bila jadi Hitler bukan semua orang suka.

Dr Ahmad Jazimin Jusoh January 29, 2009 at 5:19 AM  

Benar kata Alya, Dewi dan Fiti. Bagi saya ianya bermula daripada niat. Sama ada orang paksa atau tidak kita lebih tahu niat kita macam mana. Niat inilah akan menjelmakan tingkah laku. Komitmen hasil pergerakan tingkah laku yang berdasarkan niat.

Zero LoVe January 30, 2009 at 2:05 AM  

one more unacademic question 4 u dr..

erm nak tau je dr. kat sains dungun badge tahun brape ??.. ehehe..

ke KP in which year??

Kim February 1, 2009 at 9:06 AM  

I wish I could read your blog but like most Americans, the only language I can speak is English. It's a shame but still true. I love Choice Theory and Dr. Glasser's work and am happy you are promoting these ideas. Thank you for making the world a better place.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP