Sunday, December 21, 2008

PERKAMA DAN CTRT



Persatuan Kaunseling rasmi yang ditubuhkan di Malaysia adalah Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). PERKAMA mengandungi kaunselor-kaunselor Malaysia yang mempunyai pelbagai ilmu, kemahiran dan kecekapan dalam bidang kaunseling. Dengan wujudnya PERKAMA ianya menjadi nadi kepada perkembangan kaunseling di Malaysia. Seharusnya setiap individu yang bergelar kaunselor harus menjadi ahli PERKAMA. Melalui PERKAMA, banyak sumbangan yang boleh diberikan dalam bidang kaunseling. Memang jika dinilai daripada wang ringgit, PERKAMA tidak mampu untuk membayar sebagaimana syarikat korporat yang didaftarkan. PERKAMA menuntut komitmen dan wang ringgit ahli untuk terus hidup sebagaimana persatuan-persatuan kaunseling yang besar di US dan UK. Sehubungan itu saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli seumur hidup. Paling tidak pun saya sedar bahawa saya membawa payung PERKAMA. Segala tingkah laku saya dalam profesion kaunseling saya rujuk kepada etika dalam PERKAMA.
Namun demikian, untuk memartabatkan PERKAMA, saya perlu berbuat sesuatu. Saya lihat masalah dalam profesion kaunselor adalah kebolehan kaunselor dalam mengaplikasikan teori kaunseling yang mereka belajar. Belajar kaunseling bukan hanya untuk bersyarah tentang teori kaunseling, tetapi pengertian kaunseling sendiri adalah untuk menjalankan amalan kaunseling bersandarkan teori kaunseling yang dipilih. Berapa ramai yang boleh menggunakan Teori PCC? REBT? CTRT? EXISTENSIAL? PSIKOLOGI INDIVIDU? TA? dan PSIKODINAMIK? Adakah hanya bercerita tentang teori tersebut? Jika begitu baik jadi psikologis. Adakah hanya buat research sahaja? Jika begitu baik jadi pengkaji. Jika jadi pensyarah kaunseling pun jika tidak tahu amalan kaunseling saya fikir amat janggal. Oleh itu, seharusnya kaunselor mendalami ilmu teori kauseling yang mereka pilih. Maksud mendalami adalah belajar ke akar umbi mengapa teori itu membuat hipotesis manusia itu bermasalah dan bagaimana aplikasi teori itu. Ilmu ini mungkin tidak boleh didapati oleh pensyarah yang mengajar sahaja. Ia memerlukan bimbingan daripada individu yang telah diiktiraf kepakarannya terhadap teori yang dikuasainya. Sebagai contoh saya telah berbelanja sendiri untuk mendalami Choice Theory dan Reality Therapy daripada Institut William Glasser. Melalui cara tersebut saya rasa lebih memahami teori kaunseling tersebut daripada aspek falsafah dan praktisnya. Begitu jugalah kepada mereka yang berminat dengan teori-teori kaunseling yang lain. Dengan cara demikian baru lah PERKAMA mengadungi ahli-ahli yang berkualiti daripada pengisian ilmunya.
Saya berpandangan jika CTRT berdiri dengan sendirinya ianya ibarat kera sumbang. Saya mungkin syok sendiri tanpa merujuk kepada persatuan kaunseling yang terbesar di Malaysia iaitu PERKAMA. Namun begitu saya fikir tidak salah untuk saya menubuhkan Persatuan Terapi Realiti Malaysia (MALAYSIAN ASSOCIATION REALITY THERAPY) - MART, asalkan saya masih bernaung dibawah PERKAMA. Yang silapnya, jika saya langsung tidak memberikan sumbangan kepada PERKAMA. Yang ingin saya katakan bahawa dalami ilmu dalam amalan kaunseling untuk perkembangan profesional kendiri dan sumbangkan untuk PERKAMA. Ini kerana bagi saya, PERKAMA dan CTRT tidak boleh dipisahkan.

3 comments:

AFITI December 27, 2008 at 8:30 PM  

salam Dr..bagus tu tubuhkan Persatuan Reality Therapy...and insyaallah jika hasrat utk kembangkannya di Malaysia mungkin suatu projek rintis utk persatuan-persatuan lain juga berdiri seperti REBT, TA, Psikodinamik, dan lain-lain. Good job..mungkin lepas ni aspek knseling ni akan berkembang spt di negara Barat yang mantap. Jadi, sudah tiba masanya...

cesc September 6, 2009 at 9:44 PM  

salam..
dr sy ni pnntut u..
ambil kos kaunseling..
jd sy nk tanya dr apakah sumbangan teori reliti glasser ni??

asma' April 4, 2010 at 6:08 AM  

salam Dr
saya bekas anak murid dr juga.
Tahniah ya Dr.
erm,kehalian Perkama masih dibuka ke Dr?
TQ

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP