Saturday, December 13, 2008

Dua dunia

Dua dunia boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Saya melihat dua dunia dari segi aspek psikologi. Dua perasaan yang wujud dalam diri individu. Perasaan ini silih berganti. Individu itu mungkin keliru dengan dirinya. Mana satu perasaannya yang sebenar. Sedih atau gembira. Suka atau duka. Tenang atau bergelora. Boleh atau tidak boleh. Satu dunia berfikir bahawa mengapa nasib ku begini. Satu dunia lagi berfikir, tidak patut aku jadi begini. Satu dunia lagi berfikir sepatutnya aku ni begini dan begini. Sepatutnya aku dapat apa yang aku hendak. Sepatutnya dia tak jadi begitu. Lama-lama dunia makin keliru. Satu dunia lemah semangat untuk berputar seterusnya. Satu dunia berkata berputarlah walapun banyak kerosakan dimuka bumi. Apa boleh buat. Aku tiada kuasa untuk mengubahnya. Aku hanya menjalankan tugas aku. Aku menjalankan tanggungjawab aku menyediakan pelanggan aku menikmati segala keindahan yang ada. Walaupun ada asap, pencemaran udara, letupan kuari dan sebagainya. Adakah dengan sebab itu aku perlu boikot? Mungkin tanah runtuh disebabkan sahabatku air yang mengalir didalam batang tubuhku. Namun sejauh mana aku dapat menghalangnya. Aku tidak mahu dunia ku runtuh. Aku telah berusaha sehingga akhirnya kerana matlamatku dunia mesti aman dan sejahtera. Dua dunia yang konflik bukan mudah untuk diselesaikan. Bukan mudah untuk menjadi satu dunia kerana di dalam dunia ini pilihan dan keputusan mesti dilakukan. Cuma soalnya sejauh mana dua dunia dianggap istimewa dan rahmat. Sejauhmana dapat menerima dua watak yang berbeza. Sejauhmana mana menghadapi konflik pilihan yang wujud. Sejauhmana membuat pilihan. Dan pilihan tersebut adakah dunia yang puas utuk dirinya? Sangat mencabar dalam melepaskan dunia yang kita sayang...kerana dua dunia tersebutlah yang kita sayang. Jadi apa yang kehendak kita sebenarnya...atau kita memilih untuk lupakan kehendak kita kerana kita memilih dunia yang bukan kita punya.

0 comments:

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP