Monday, December 29, 2008

Al Fatihah...


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi pada 27 Disember 2008. Baginda berusia 86 tahun. Begitulah rasmi dunia, setiap yang hidup pasti akan mati. Kenangan bersama almarhum di pentas konvokesyen merupakan saat yang paling manis. Nampaknya majlis konvokesyen tahun ini merupakan majlis yang terakhir buat almarhum baginda menyampaikan skrol bagi akademik tertinggi. masih tergiang lagi apabila saya bersalam dengan almarhum. Beliau menyapa datang dari mana? Bidang apa? Kemudian almarhum menggangguk tersenyum. Saat yang paling manis bagi saya apabila saya diterima untuk mengadap almarhum sempena lawatan baginda ke pameran konvekesyen. Almarhum begitu tekun membelek-belek tesis saya dan banyak mengemukakan soalan kepada saya. Saya rasa sangat dihargai kerana seorang raja dapat turun ke dalam jiwa rakyat menghargai ilmu yang telah dibukukan. Beliau bertanya umpama sarjana yang menghayati ilmu tersebut. Apatah lagi setelah ilmu itu di anugerahkan sebagai TESIS CEMERLANG. Saya doakan semoga roh Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman terus bersemadi dalam kalangan para nabi, sahabat-sahabat nabi dan orang-orang yang soleh. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan mendapat redha Ilahi. Aminn......

1 comments:

Qaseh Mas June 22, 2010 at 5:34 PM  

Alhamdulillah,tahniah tuan.Berbaloi susah payah tuan selama ini.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP