Hanya power yang tidak dapat
Hari ini saya rasa sangat gembira. Saya dapat bersama keluarga merehatkan diri di Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai. Bukan mudah untuk saya bercuti sama keluarga pada dua tahun kebelakangan ini. Pagi tadi saya masih lagi memikirkan fail ISO yang belum siap. Namun saya bersedia memilih untuk bergembira dengan keluarga. Kesian anak-anak saya. Dah berapa kali janji nak berjalan-jalan untuk bergembira, namun asyik tidak kesampaian. Syukur Alhamdulillah sangat hari ni tercapai juga hasratnya. Pertama, bila rasa kasih dan sayang lebih kuat daripada keinginan untuk menghabiskan kerja-kerja kampus yang belum selesai (power). Jika saya tidak rasa kasih dan kesian, dah tentu saya buat tidak peduli harapan anak dan isteri saya. Kedua, saya memang ingin rehat. Saya rasa penat sangat seminggu dua ni. Banyak benar kerja tak selesai. Hati memang berkobar-kobar ingin siapkan kerja (power) sebab saya tidak suka bertangguh. Namun bila diukur dengan kekuatan badan (survival), saya perlu rehat. Belakang saya dah mula sakit-sakit. Takut juga bila dengar cerita tentang stres yang tidak terkawal boleh jadi strok. Apa tidaknya seminggu dua ni penuh dengan tugas mengajar, menyelia praktikum, meeting, SAR, buat soalan, ISO, pasca siswazah, buat modul, bengkel dan yang paling stres fakulti calonkan saya untuk menjadi BENTARA untuk pegang cokmar semasa majlis konvokesyen. Adoii...Tensionnya. Nak buat meeting kebajikan pun tak sempat lagi walaupun saya dilantik oleh fakulti sebagai Pengerusi Kebajikan FSKPM. Kesian juga saya kat pelajar yang ingin jumpa. Namun saya telah jelaskan kepada mereka perlu buat appoinment dulu dan boleh jumpa bila masa saya lapang. Saya pun tak ingin menyusahkan pelajar untuk tunggu saya depan bilik tapi saya tak muncul-muncul.
Bila saya mandi dalam kolam air panas....Huuhhh...Terasa hilang stres.....
Dapat saya lupakan sebentar perkara yang berserabut di pejabat. Rasa bebas (freedom)daripada segala keputusan dalam mesyuarat dan sebagainya. Di tambah lagi bila saya melayan anak saya, rasa terharu pun ada. Apa tidaknya, saya ni kaki berjalan. Semasa saya menjadi guru kaunseling dulu, bila tiba cuti minggu, saya biasa akan bawa isteri dan anak berjalan. Kami pergi zoo, shopping dan macam-macam lagi. Pendek kata hari minggu penuh dengan aktiviti keluarga. Memang gembira...Dan hari ini saya rasa kegembiraan (fun) tersebut muncul semula.Namun demikian dalam saat-saat sekarang saya harus berhati-hati agar saya tidak terperangkap dalam konflik love and belonging dan juga power. Ini kerana saya perlu kedua-duanya untuk survival saya.
4 comments:
Terkenang saya akan suasana itu.... Kalau saya balik memang sumber air lah yang saya nak cari untuk melegakan segala yang bermacam-macam ni....
kim salam pada kak effa. dy yg promote kan blog dr pd kami..kak effa best!
sungguh seronok..
lain masa ada rezeki, bawa pula student dr. kita konvoi ramai2. hehehe.
p/s : sudah lama tidak berjumpa keluarga...adat penuntut ilmu...
Dr Alya,
Apa beza air di UK dengan di Malaysia ?
Post a Comment