Thursday, May 7, 2009

SEMINAR KEBANGSAAN LEMBAGA KAUNSELOR & SEMINAR KEBANGSAAN PERKAMA

Saya masih belum pasti dapat menghadirkan diri ke SEMINAR KEBANGSAAN LEMBAGA KAUNSELOR pada 21 hingga 23 Mei ini dan SEMINAR KEBANGSAAN PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA pada 2 hingga 3 Jun ini di UPM. Banyak tugas yang belum selesai di UPSI. Saya juga sekarang tengah menyediakan kertas konsep untuk PERSIDANGAN KEBANGSAAN KAUNSELING di PWTC pada 2 hingga 6 November nanti. Tambah berubanlah rambut saya dalam mengoperasikan kertas konsep ini kerana kita berhajat ingin menjemput "nama-nama besar dalam kaunseling". Silap-silap PM atau TPM yang rasmi. Sekarang tugas terdekat saya mesti menghabiskan urusan latihan ilmiah pelajar dan menyemak kertas peperiksaan pelajar. Kerja tidak lah susah tetapi memakan masa dan agak teknikal. Kepada sesiapa yang berminat untuk ke SEMINAR KEBANGSAAN yang terdekat ini, di sini saya muatkan dengan lebih terperinci.

1. SEMINAR KEBANGSAAN LEMBAGA KAUNSELOR 2009
Masa : 21-23 Mei 2009
Tempat : Hotel Legend, Kuala Lumpur
Tema : Amalan terbaik dalam kaunseling untuk komuniti
Personalia untuk dihubungi : En. Suhaimee b. Abd. Ghani (03-26143162)

2. SEMINAR KEBANGSAAN PERKAMA
Masa : 2-3 Jun 2009
Tempat : UPM
Personalia untuk dihubungi : EN HALIM HUSSIN (0192869295)
PM DR ZURIA MAHMUD (0196646065)

3 comments:

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA May 7, 2009 at 2:24 PM  

Kalau saya ni dekat2 nak saya join sama2 Dr... Boleh tak kadang2 sesuka hati je boleh bertukar jadik Superwoman dan terbang balik bila2 masa hehehehe...mana nak dapat lesen terbang cam tu ek???? Any idea hihihih.....???

Dr Ahmad Jazimin Jusoh May 10, 2009 at 2:25 PM  

Boleh Alya,

Caranya join paper. Kita di UK, tapi kertas kerja kita di Malaysia. Kita di Malaysia, tapi kertas kerja kita terbang di US. InsyaAllah jadi.

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA May 10, 2009 at 4:33 PM  

Haaa...tu nak dengar tu... dah baca ke proposal saya Dr he he he ???

Perkembangan saya di sini alhamdulillah dipermudahkan... kita sama2 menunggu satu ruang masa ya Dr untuk bekerjasama di dalam research ni. Alhamdulillah dalam sebulan lagi saya sudah boleh jalankan research saya di sekolah kerana sudah mendapat greenlight daripada pengetua sekolah dan juga bakal supervisor. Semoga niat untuk kebaikan Sistem Pendidikan Di Malaysia ini berjaya hingga ke puncaknya...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP