Monday, August 31, 2009

Kerja ini sangat mencabar


Banyak pertemuan-pertemuan yang diatur terpaksa dibatalkan. Saya harus memfokuskan kepada kerja yang segera. Saya mengambil langkah dengan cara berorientasikan matlamat. Tetapi saya masih sedar, bahawa dalam mencapai matlamat tidaklah sehingga matlamat menghalalkan cara. Ada tugas yang dalam satu masa saya berhadapan dengan dua tiga perkara yang perlu diselesaikan. Memang memenatkan. Saya tahu saya boleh mengabaikan sahaja. Tetapi itu bukan cara saya. Saya harus selesaikan kerana amanah. Amanah ada kaitan dengan 'adalah (keadilan). Keadilan adalah melaksanakan tanggungjawab kepada yang berhak menerimanya. Benar...kadang-kadang saya takut menghadapi masa depan yang belum pasti. Namun saya masih sayang bidang ini. Kagum saya dengan semangat Allahyarham Prof. Dr. Ismail Salleh. Matinya setelah pulang menyampaikan ilmu. Bila Rogers berbicara tentang kesempurnaan kendiri (self actualization) saya mula menyemak diri saya. Mungkinkah saya kena berdiam diri atau mengharungi bidang ini sehingga keluar satu perkataan " Cukuplah tu...tidak ada apa lagi yang lebih baik melainkan kebahagiaan untuk diri sendiri dan keluarga". Atau pun saya mengikut jejak Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi yang berjuang ke titisan darah terakhir demi agama dan rasulnya yang tercinta. Mungkin juga saya sudah jauh untuk menelaah kitab-kitab agama yang menyebabkan jiwa saya semakin resah. Memang benar sudah lama saya meninggalkan munajat di malam hari.

Sunday, August 9, 2009

Utamakan yang utama

Banyak perkara yang utama yang perlu saya siapkan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang tidak tahu yang mana satu yang perlu didahulukan. Di sinilah masa yang kritikal untuk saya membuat pilihan. Dan kadangkala pilihan saya juga seringkali tersilap. Namun demikian tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan jua. Sekali lagi saya menghadapi saat yang sukar dalam menentukan mana yang paling utama. Tugas seperti semakan semula program pasca, persidangan kebangsaan kaunseling, menyemak tugasan pelajar, tugasan PTK, membina soal selidik kerjaya untuk SAR, memulakan projek FRGS, menyemak latihan ilmiah, projek master dan disertai pelajar PhD, mengeluarkan surat internship kepada pelajar yang menangguh pengajian dan macam-macam lagi yang belum tersenarai. Ya Allah...jauhkan saya daripada wabak H1N1, jika tidak sudah tentu yang utama yang saya fikirkan tidak terlaksana. Yang lebih menyukarkan lagi, Ya Allah... jauhkanlah keluarga saya daripada sebarang wabak penyakit. Bagi saya keutamaan kepada keluarga adalah utama daripada yang utama. Keputusan membuat pilihan keutamaan boleh menyulitkan psikologi saya sekiranya keluarga saya mendapat musibah. Walau bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana Ahmad Qayyum telah sihat kembali. Congakan saya sekarang adalah memberi fokus kepada kerja untuk memilih yang utama dari keutamaan yang ada. Dan sekarang yang utama adalah menyampaikan mesej saya melalui blog. Selepas ini saya akan susun satu persatu.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP