Wednesday, December 31, 2008

THE TEN AXIOMS OF CHOICE THEORY

  • The only person whose behaviour we can control is our own.

  • All we can give or get from other people is information.

  • All long-lasting psychological problems are relationship problems.

  • The problem relationship is always part of our present lives.

  • What happened in the past that was painful has a great deal to do with what we are today, but revisiting this painful past can contribute little or nothing to what we need to do now: improve an important, present relationship.

  • We are driven by five genetic needs: survival, love and belonging, power, freedom, and fun.

  • We can satisfy these needs only by satisfying a picture or pictures in our quality worlds.

  • All we do from birth to death is behave. All behaviour is total behaviour and is made up of four inseparable components: acting, thinking, feeling, and physiology.

  • All total behaviour is designated by verbs, usually infinitives and gerunds, and named by the component that is most recognisable.

  • All total behaviour is chosen, but we have direct control over only the acting and thinking components.

Monday, December 29, 2008

Al Fatihah...


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi pada 27 Disember 2008. Baginda berusia 86 tahun. Begitulah rasmi dunia, setiap yang hidup pasti akan mati. Kenangan bersama almarhum di pentas konvokesyen merupakan saat yang paling manis. Nampaknya majlis konvokesyen tahun ini merupakan majlis yang terakhir buat almarhum baginda menyampaikan skrol bagi akademik tertinggi. masih tergiang lagi apabila saya bersalam dengan almarhum. Beliau menyapa datang dari mana? Bidang apa? Kemudian almarhum menggangguk tersenyum. Saat yang paling manis bagi saya apabila saya diterima untuk mengadap almarhum sempena lawatan baginda ke pameran konvekesyen. Almarhum begitu tekun membelek-belek tesis saya dan banyak mengemukakan soalan kepada saya. Saya rasa sangat dihargai kerana seorang raja dapat turun ke dalam jiwa rakyat menghargai ilmu yang telah dibukukan. Beliau bertanya umpama sarjana yang menghayati ilmu tersebut. Apatah lagi setelah ilmu itu di anugerahkan sebagai TESIS CEMERLANG. Saya doakan semoga roh Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman terus bersemadi dalam kalangan para nabi, sahabat-sahabat nabi dan orang-orang yang soleh. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan mendapat redha Ilahi. Aminn......

Sunday, December 28, 2008

Menilai 2008, Menuju Awal Muharram 1430 H









































































































































































































































































































































Add Image






















Saban hari, saban waktu masa begitu pantas berlalu. Hati dah berdegup kencang. Semester baru akan bermula. Baru saya fikir ingin rehat sekejap daripada menjalankan research, hadir meeting dan menjalani kursus universiti, semester 2 tahun 2009 pun akan menjelma. Penuh rasa kepala memikirkan perancangan semester depan tambahan lagi di tahun yang baru. Yang pasti masa ini bukan milik individu. Ianya milik Allah. Kita sebagai khalifah diamanahkan untuk memanfaatkannya. Kata Allah, demi masa manusia dalam kerugian. Dan beruntungkan kepada mereka yang berada dijalan yang benar dan penuh sabar. Dalam masa yang sama, apa yang telah berlaku dalam hidup anggaplah sebagai pengajaran dalam meniti hari-hari mendatang. InsyaAllah dengan imbasan perjalanan yang lepas memberi semangat pada masa kini untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya. Sentiasa beringat bahawa kehidupan ini tidak kekal selamanya. Bila-bila masa sahaja jika dikehendaki, aku akan kembali ke pangkuanNYA.

Sunday, December 21, 2008

Hati kata nak, badan dah tak larat

Seminggu dua ini bayak benar tugas yang perlu diselesaikan. Begitulah situasi di universiti bila pelajar telah bercuti. Saya ingat mudah untuk bercuti tetapi penuh dengan pelbagai tugas dan tanggung jawab. Banyak perkara yang telah dijalankan iaitu terlibat dalam Kursus Kepimpinan Pengajaran, Kursus Bitara, mesyuarat jabatan, bina modul pembangunan sahsiah, bengkel penerbitan dan bermacam-macam lagi. Dan yang paling mencabar adalah mengemas kini markah pelajar. Bukan mudah nak nilai pelajar. Banyak aspek kena ambil kira dan yang paling menakutkan bila vetting markah di jabatan dan fakulti. Rasa pening lalat bila ada orang tanya kenapa dia dapat A dan kenapa dia dapat D. Bukan mudah sebenarnya. Dalam masa yang sama banyak impian saya tidak menjadi kenyataan seperti menulis buku, membuat research, melaksanakan amalan kaunseling dengan klien, menulis blog, baca surat khabar, modul Prodigy dan macam-macam lagi. Mungkin juga saya kena terima kenyataan bahawa hati saya berkobar-kobar untuk melaksanakannya tetapi badan dah tak larat. Pendek kata, power ada, survival dah letih.

PERKAMA DAN CTRT



Persatuan Kaunseling rasmi yang ditubuhkan di Malaysia adalah Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). PERKAMA mengandungi kaunselor-kaunselor Malaysia yang mempunyai pelbagai ilmu, kemahiran dan kecekapan dalam bidang kaunseling. Dengan wujudnya PERKAMA ianya menjadi nadi kepada perkembangan kaunseling di Malaysia. Seharusnya setiap individu yang bergelar kaunselor harus menjadi ahli PERKAMA. Melalui PERKAMA, banyak sumbangan yang boleh diberikan dalam bidang kaunseling. Memang jika dinilai daripada wang ringgit, PERKAMA tidak mampu untuk membayar sebagaimana syarikat korporat yang didaftarkan. PERKAMA menuntut komitmen dan wang ringgit ahli untuk terus hidup sebagaimana persatuan-persatuan kaunseling yang besar di US dan UK. Sehubungan itu saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli seumur hidup. Paling tidak pun saya sedar bahawa saya membawa payung PERKAMA. Segala tingkah laku saya dalam profesion kaunseling saya rujuk kepada etika dalam PERKAMA.
Namun demikian, untuk memartabatkan PERKAMA, saya perlu berbuat sesuatu. Saya lihat masalah dalam profesion kaunselor adalah kebolehan kaunselor dalam mengaplikasikan teori kaunseling yang mereka belajar. Belajar kaunseling bukan hanya untuk bersyarah tentang teori kaunseling, tetapi pengertian kaunseling sendiri adalah untuk menjalankan amalan kaunseling bersandarkan teori kaunseling yang dipilih. Berapa ramai yang boleh menggunakan Teori PCC? REBT? CTRT? EXISTENSIAL? PSIKOLOGI INDIVIDU? TA? dan PSIKODINAMIK? Adakah hanya bercerita tentang teori tersebut? Jika begitu baik jadi psikologis. Adakah hanya buat research sahaja? Jika begitu baik jadi pengkaji. Jika jadi pensyarah kaunseling pun jika tidak tahu amalan kaunseling saya fikir amat janggal. Oleh itu, seharusnya kaunselor mendalami ilmu teori kauseling yang mereka pilih. Maksud mendalami adalah belajar ke akar umbi mengapa teori itu membuat hipotesis manusia itu bermasalah dan bagaimana aplikasi teori itu. Ilmu ini mungkin tidak boleh didapati oleh pensyarah yang mengajar sahaja. Ia memerlukan bimbingan daripada individu yang telah diiktiraf kepakarannya terhadap teori yang dikuasainya. Sebagai contoh saya telah berbelanja sendiri untuk mendalami Choice Theory dan Reality Therapy daripada Institut William Glasser. Melalui cara tersebut saya rasa lebih memahami teori kaunseling tersebut daripada aspek falsafah dan praktisnya. Begitu jugalah kepada mereka yang berminat dengan teori-teori kaunseling yang lain. Dengan cara demikian baru lah PERKAMA mengadungi ahli-ahli yang berkualiti daripada pengisian ilmunya.
Saya berpandangan jika CTRT berdiri dengan sendirinya ianya ibarat kera sumbang. Saya mungkin syok sendiri tanpa merujuk kepada persatuan kaunseling yang terbesar di Malaysia iaitu PERKAMA. Namun begitu saya fikir tidak salah untuk saya menubuhkan Persatuan Terapi Realiti Malaysia (MALAYSIAN ASSOCIATION REALITY THERAPY) - MART, asalkan saya masih bernaung dibawah PERKAMA. Yang silapnya, jika saya langsung tidak memberikan sumbangan kepada PERKAMA. Yang ingin saya katakan bahawa dalami ilmu dalam amalan kaunseling untuk perkembangan profesional kendiri dan sumbangkan untuk PERKAMA. Ini kerana bagi saya, PERKAMA dan CTRT tidak boleh dipisahkan.

Saturday, December 13, 2008

Dua dunia

Dua dunia boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Saya melihat dua dunia dari segi aspek psikologi. Dua perasaan yang wujud dalam diri individu. Perasaan ini silih berganti. Individu itu mungkin keliru dengan dirinya. Mana satu perasaannya yang sebenar. Sedih atau gembira. Suka atau duka. Tenang atau bergelora. Boleh atau tidak boleh. Satu dunia berfikir bahawa mengapa nasib ku begini. Satu dunia lagi berfikir, tidak patut aku jadi begini. Satu dunia lagi berfikir sepatutnya aku ni begini dan begini. Sepatutnya aku dapat apa yang aku hendak. Sepatutnya dia tak jadi begitu. Lama-lama dunia makin keliru. Satu dunia lemah semangat untuk berputar seterusnya. Satu dunia berkata berputarlah walapun banyak kerosakan dimuka bumi. Apa boleh buat. Aku tiada kuasa untuk mengubahnya. Aku hanya menjalankan tugas aku. Aku menjalankan tanggungjawab aku menyediakan pelanggan aku menikmati segala keindahan yang ada. Walaupun ada asap, pencemaran udara, letupan kuari dan sebagainya. Adakah dengan sebab itu aku perlu boikot? Mungkin tanah runtuh disebabkan sahabatku air yang mengalir didalam batang tubuhku. Namun sejauh mana aku dapat menghalangnya. Aku tidak mahu dunia ku runtuh. Aku telah berusaha sehingga akhirnya kerana matlamatku dunia mesti aman dan sejahtera. Dua dunia yang konflik bukan mudah untuk diselesaikan. Bukan mudah untuk menjadi satu dunia kerana di dalam dunia ini pilihan dan keputusan mesti dilakukan. Cuma soalnya sejauh mana dua dunia dianggap istimewa dan rahmat. Sejauhmana dapat menerima dua watak yang berbeza. Sejauhmana mana menghadapi konflik pilihan yang wujud. Sejauhmana membuat pilihan. Dan pilihan tersebut adakah dunia yang puas utuk dirinya? Sangat mencabar dalam melepaskan dunia yang kita sayang...kerana dua dunia tersebutlah yang kita sayang. Jadi apa yang kehendak kita sebenarnya...atau kita memilih untuk lupakan kehendak kita kerana kita memilih dunia yang bukan kita punya.

Wednesday, December 10, 2008

Bukan mudah untuk menulis

Bukan mudah untuk menulis. Hari ini pelajar tidak ada. Boleh sebentar melayar ilham mencuit rasa untuk berbicara tentang alam dan manusia. Walaupun mendapat anugerah cemerlang tesis tetapi tidak semestinya menjadi penulis yang baik. Penulis yang baik bagi saya adalah penulis yang dapat menarik minat orang untuk membaca tulisannya. Penulis yang baik mampu membakar semangat orang. Penulis yang baik bisa mengkritik dan memberikan idea yang bernas. Penulis yang baik sangat kreatif dan inovatif. Penulis mungkin satu anugerah. Penulis yang baik mungkin juga berhempas pulas untuk memastikan bahawa tulisan yang dibuatnya juga baik. Pemulis yang baik bisa membezakan kebenaran dan kebatilan. Penulis yang baik adalah mereka yang boleh memberi sumbangan kepada khazanah ilmu. Penulis bukan seorang yang mudah jemu. Dia tidak inginkan balasan. Dia menulis kerana dia ingin menulis. Dia ingin kebebasan sejagat. Dia ingin menyatakan rasa luhurnya tentang tanggapan terhadap dunia yang dia alami. Kadang-kadang dia mati dalam ilusi sendiri. Kadang-kadang imaginasinya sukar difahami orang. Kadang-kadang dia dipenjara kerana kesilapannya sendiri. Kadang-kadang dia memenjarakan dirinya sendiri untuk menulis kerana dia tidak pernah percaya bahawa dia mampu menjadi penulis yang baik. Akhirnya dia perlu membuat pilihan. Bila masa dia ingin menulis sebenarnya. Adakah dengan sekali menulis dia sudah menjadi penulis yang baik?

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Jalan Puncak Kinabalu

Dalam menyusuri minda blog, masa untuk pulang sudah tiba. Kenangan menyiapkan blog dalam masa dua hari terpahat di hati. Bukan mudah ingin wujudkan keinginan sebab ianya bermula daripada naluri yang suci murni. Naluri atau needs inilah yang menggerakkan tingkah laku. Tingkah laku bebas untuk berfungsi samada kebaikan atau pun keburukan. Di antara tingkah laku dan naluri yang terdesak di sinilah wujud kreativiti. Kreativiti yang agong akan menghasilkan inovasi. Bukan semua orang berinovasi sebab ianya memerlukan pemikiran yang puitis dan logik. Jarang individu otak kanan dan kirinya bergerak selari. Yang ada memang ia dilahirkan sebagai pemimpin intelektual dan investigatif. Apatah lagi kreatif. Ianya wujud melalui anugerah dan latihan yang berterusan. Semuanya pada minat. Minat hadir daripada basic needs. Needs muncul daripada tindak balas kimia dalam badan. Semuanya telah di atur. Aturan inilah perlu diperhalusi. Beruntunglah mereka yang mendapat menghayati dirinya tidak keseorangan. Dalam wahyu ada disebutkan bahawa di mana puncak pun berada jangan lupa asalnya. Asalnya daripada Allah Yang Maha Kuasa.

Lambaian kinabalu sukar dilupakan. Kenangan sekejap telah memahat memori yang indah. Saat menggarap love and belonging telah dapat dilaksanakan dengan jaya. Lupakan tentang power sekejap. Bukan mudah menghidupkan hubungan sesama manusia. Ianya semua kena usaha. Bukan menunggu hujan turun dari langit tanpa ada usaha yang bersungguh. Tidak semua pun termakbul tetapi sebagai insan Kinabalu sudah cukup mengajar erti kasih sayang.

Semoga nostalgia kinabalu terus melambai angin motivasi kepada diriku yang sememang dahagakan perkara yang baru untuk diteroka. Selamat jalan puncak kinabalu. Di sanalah ilham blog tercetus untuk menyumbang kepada alam dan manusia kerana Allah swt.

Monday, December 8, 2008

Menggapai maya di alam Realiti

Sekarang tidak sama dengan dahulu. Realiti sekarang terus berfungsi tanpa mengenal siapa. Manusia semakin bijak. Saya rasa macam ketinggalan di zaman Andalusia. Dengan adanya blog maya mudah-mudahan memberi semangat baru kepada saya. Ianya tidak tercipta dengan sendiri melainkan dengan izin Allah s.w.t. Ianya juga tidak ada maya tanpa bantuan yang pandai dan berkemahiran. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada adik iparku Mohd Effendi@Ewan b. Mohd Matore kerana dapat menyiapkan aspek teknikal dalam blog ini. Walaupun mempunyai blog rasmi drjazimin.com tetapi pencarian ini tidak akan berakhir. Blog ibarat diari perkongsian diri. Ada yang boleh dikongsi dan ada yang sangat personal. Aspek yang personal biarlah rahsia ibarat saya tahu, semua orang tidak tahu. Namun ada yang lebih personal, saya tidak ketahui dan semua orang tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga perjalanan ini mendapat redha Illahi.

Sunday, December 7, 2008

My Starting Point

Assalamualaikum & Hello To All The Viewers ..

I am still new in blogging. But its quite interesting to make a first move. Its hard actually to learn a new knowledge of IT which is not so related to my field. Even i am not a core blogger, hope that this blog will be able to create a good link between us. Sharing knowledge each other.

The main purpose of this "zone" is to introduce more about reality therapy which is so unfamiliar among students in Malaysia. Maybe some of you heard about it before and maybe not. So, I am very excited to hear your respond and idea. Dont be shy to comment here.

Hope you enjoy to click with me here. In the zone of mine ....

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP